Rempah Biji
Bau dan rasanya lebih sedap jika ditumis dengan minyak panas. Kebanyakan rempah biji yang digunakan dalam masakan India ialah kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga hitam dan lada hitam.
Kulit kayu manis: la diambil daripada kulit kayu. Rasanya hangat, manis dan beraroma.
Pelaga hitam: Hanya digunakan dalam masakan terutamanya masakan nasi seperti briyani.
Bunga cengkih: Rasanya sungguh kuat sehinggakan jika ia digunakan terlalu banyak dalam sesuatu masakan, maka rencah yang lain akan hilang
rasanya. Jadi, hati-hati dengan sukatannya.
Lada hitam: Jenis yang selalu digunakan ialah jenis bulat, hitam bergerutu dan keras. Rasanya seperti pedas berempah. Aromanya seperti kayu berherba dan tajam. Ia bagus untuk menaikkan selera makan.
Pelaga
Salah satu rempah popular di dunia, juga digelar ‘ratu segala rempah’ yang mana ‘raja segala rempah’ pula ialah lada hitam. Maharaja Mughal di India sentiasa membawa kotak perak kecil yang diisi pelaga dan selalu mengunyahnya sebagai penyegar mulut, tradisi yang masih berterusan hingga kini dalam kalangan golongan kaya dan terkenal di negara ini.
la berbentuk seperti kapsul bujur mengandungi 10-40 biji kecil keras berwarna coklat gelap yang melekit dan melekat antara satu dengan lain. Pelaga mempunyai rasa lembut dan manis dan aroma yang harum. Sebaik sahaja ditumbuk, ia akan mengeluarkan bau seperti kapur barus yang kuat dan jika dikunyah, rasanya pahit-pahit manis, larut dan beraroma.
Lauk-pauk dan manisan India kebanyakannya mempunyai rasa pelaga. Rempah harum ini digunakan dalam kari pekat dan pencuci mulut bersusu. Di India, teh juga selalu dihidangkan dengan pelaga.
Bunga Lawang
Merupakan salah satu rempah yang cantik rupanya. Bau wangi bunga lawang terkenal dalam masakan india utara.
Bunga lawang kering berwarna seperti mahogani, keras dan mempunyai lapan kelopak yang kelihatan seperti bintang. Rasanya sedikit menyerupai jintan manis tetapi ia lebih beraroma dan rasa manisnya lebih ketara.
Di India, kebanyakan bunga lawang dijual dalam bentuk penuh manakala kebanyakan negara lain menjualnya dalam bentuk serbuk atau kepingan yang sudah dipecahkan. Bunga lawang penuh kering boleh disimpan sehingga setahun. Di India, ia digunakan dalam banyak masakan nasi seperti briyani atau kari daging yang enak. Bunga lawang dikategorikan sebagai rempah yang eksotik dan jika ditambah pada apa jua masakan akan menjadikan asakan itu lebih istimewa!
Jintan Putih
Rempah lembut ini boleh dirasa di dalam kari pekat daging utara Kashmir dan juga kari santan selatan, kelazatan masakan vegetarian Gujurat, juga maakan ikan Bengal.
la terdapat dalam lingkungan warna sej hijau hinggalah coklat tembakau dan mempunyai jalur-jalur menegak.
Di India, kebanyakan kari ditumis dulu dengan jintan putih dan menggeresek dengan minyak panas sebelum daging dan sayur dimasukkan. Tidak begitu susah untuk membuat serbuk jintan putih ini. Panggang jintan putih di dalam kuali leper sehingga ia bertukar warna kemudian tumbuk hingga hancur. Memanggang jintan putih ini akan menambahkan rasanya. Simpan jintan putih di tempat yang kering jauh daripacia cahaya matahari. Serbuk ini mestilah cligunakan dalam masa 3 bulan. Jintan putih dipanggang boleh ditabur di atas salad atau yogurt untuk rnemberikan rasa kontra dan berarorna.
Biji Sawi
SAWI… Dipercayai mempunyai keupayaan untuk menenangkan fikiran, membentuk personaliti yang tenang dan menajamkan pemikiran. Terdapat 3 jenis biji sawi yang utama: perang, hitam dan kuning.
Biji sawi mentah tidak berbau tetapi dalam masakan ia menghasilkan bau dan aroma yang kuat. Bijinya tajam, seperti kekacang dan rasanya pahit sedikit dan beraroma. Pes biji sawi mempunyai rasa yang unik yang menyengat hidung.
Di selatan India dan di sepanjang pesisiran pantai, biji sawi banyak digunakan dalam campuran rempah. Caranya adalah sangat mudah, panaskan minyak sehingga sangat panas, masukkan biji sawi dan masak sehingga ia menggeresek dan ini akan memberikan rasa yang istimewa pada masakan. Di Bengal, biji sawi dihancurkan menjadi pes untuk menjadi bahan perap dan dimasukkan dalam kari. Biji sawi juga merupakan bahan pengawet yang baik yang digunakan secara meluas dalam proses pengawetan.