Halba (Methi dana) : Ia adalah biji berbentuk rata bujur, dan berwarna perang kekuningan. Walaupun ia sedikit pahit jika mentah, tetapi dengan cara masakan yang betul, ia akan menambah rasa lebih sedap dalam sayur dan kari. Sentiasa gunakan dalam amaun yang kecit.
Garam Masala : Ia adalah campuran pelbagai rempah yang mana dibuat dengan cara mengisar rempah penuh menggunakan pengisar kopi, atau boteh juga dibeli siap dari mana-mana kedai India. Bahan asas adunannya ialah bunga jintan putih, lada sulah, bunga cengkih kulit kayu manis dan kulit biji pala.
Bawang Putih (Lahsun):Ini adalah ramuan standard termasuk halia yang terdapat dalam kebanyakan kari. Ia akan ditumbuk, dihiris atau dijadikan pes untuk masakan India. Juga terdapat pes bawang putih yang sudah dibotolkan. Jika ditumbuk, 6-8 ulas bawang putih segar bersamaan dengan I sudu teh pes bawang putih.
Halia (Adrak) : Salah satu bahan penting dalam kebanyakan kari. I inci/2.5 cm halia bersamaan dengan I sudu besar halia dicincang. Juga tedapat pes halia yang subah dibotolkan.
Citi Hijau (Hari mirch) : Terdapat dalam jenis yang sangat pedas juga yang kurang pedas. Secara umumnya, lebih kecih cili tersebut, lebih pedaslah rasanya. Pastikan selalu membasuh tangan selepas memotong cili. Jika bijinya dibuang, rasa pedasnya akan sedikit berkurangan.
Daun Selasih (Tulsi) : Daun selasih merupakan salah satu
tumbuhan yang dianggap suci di India. Ia bahan penting
digunakan dalam keraian Hindu dan upacara penyucian.
Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai warna hijau, berbau
kekayuan dan daunnya mempunyai rasa sedikit seperti lada
sulah, atau umpama rasa di antara halia pudina. Teh daun
selasih sangat popudar di India.
Selaput Biji Pala (Javitri) : Ia adalah selaput yang menyelaputi
buah pala. Mempunyai rasa yang kuat, bau yang hangat dan
rasa yang manis. Jarang sekali orang India menggunakannya
dan hanya digunakan untuk masakan yang pekat dan berkrim.
Selalunya ia ditambah dengan pelbagai adunan rempah lain.
Serbuk Mangga (Amchoor) : Buah mangga dijemur dan
dikeringkan di bawa matahari, kemudian dikisar hingga menjadi serbuk. Serbuk digunakan untuk memberi rasa masam selain jus lemon dalam masakan. Ia juga digunakan dalam penyediaan minuman, cutni dan adunan rempah lain.
Kuaci Biji Tembikai (Magaz) : Kuaci ini sudah dikupas kulitnya. Fungsinya untuk menjadikan kari pekat dan lebih lazat. Ia juga ditambahkan pada minuman dan pencuci mulut.
Pudina (Poodina) : Merupakan herba harum yang digunakan
dalam masakan India. Hanya daun sabaja yang digunakan. Daun pudina ini selalunya ditambah pada briyani (penyediaan
nasi Moghul), lassi (yogurt), iaitu resipi menyegarkan dari utara Inbia, dan juga digunakan untuk membuat cutni pedas dengan gabungan ketumbar.
Biji Sawi Hitam — Mustard (Raj, Sarson) : Warnanya seperti
perang kemerahan atau hitam. Masakan India biasanya
menggunakan jenis yang hitam. Ia mempunyai rasa yang
menyengat tetapi akan menjadi lembut selepas dimasak di dalam minyak panas atau dipanggang kering. Di sdatan India, biji sawi digunakan untuk menambah rasa pada hampir setiap masakan.