Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

Rasam Tomato dan Susu Kekacang

Rasam Tomato

Hidangan untuk 6-8 orang

Sup tomato cair India selatan, hidangan autentik yang lazat sebagai pembuka selera.

CARANYA

1 Rebus tomato bersama 3 cawan air dengan api yang perlahan selama 10 minit. Apabila tomato lembut, tutup api dan biarkan sejuk. Kisar menjadi puri.

2. Panaskan 1 sudu besar minyak. Perlahankan api dan goreng cili kering sehingga warnanya menjadi gelap sedikit. Masukkan jintan, biji sawi dan asafutida. Apabila jintan bertukar kuning keemasan, masukkan daun kari

3. Masukkan puri tomato. Tambahkan garam dan serbuk kunyit. Ketuk kasar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Tumbuk lada hitam. Kemudian masukkan kedua-duanya ke dalam tomato tadi Rebus. Kemudian reneh selama 10 minit. Tutup api.

4. Tapis dan hidangkan sup dengan daun ketumbar

RAMUAN

• 1 kg tomato (dipotong 4)

• 3 cawan air

• 1 sudu besar minyak

• 2-3 biji cili kering

• 1 sudu teh jintan putih

• 1 sudu teh biji sawi

• 1/4 sudu teh asafutida

• Beberapa helai daun kari

• 1/4 sudu teh serbuk kunyit

• 11/2 sudu teh garam atau secukup rasa

• 11/2 sudu teh lada hitam

• 1 labu kecil bawang putih

Susu Kekacang

Hidangan untuk 10-12 orang
Minuman keraian yang disediakan daripada kekacang dan rempah pelbagai rasa yang dicampur dengan susu.
CARANYA

1 Rendam badam di dalam air selama 3-4 jam. Kemudian buang ku itnya.

2. Rendam pula kuaci tembikai, kas-kas, gajus, lada hitam, pelaga, kelopak ros kering dan jintan manis selama 3-4 jam. Kemudian tapiskan.

3 Campurkan badam yang dikupas dengan ramuan yang ditapis. Masukkan semuanya ke dalam pengisar dan kisar menjadi pes dengan menambahkan sedikit air atau susu. Kisar halus sehingga menjadi pes lembut.

4. Campurkan pes itu ke dalam susu sejuk. Tambahkan gula atau sirap ros dan kacau sebati Tapis susu menggunakan kain penapis keju dan buang ham pasnya.

5. Sejukkan minuman dengan menambah ais. Hidangkan dengan menambah rendaman safron dan kelopak ros segar

RAMUAN

• 6 cawan susu

• 11/2 cawan badam

• 2 sudu besar kacang gajus dihancurkan kasar

• 1/3 cawan kuaci tembikai

• 8 sudu teh kas-kas

• 15-20 biji lada hitam

• 10-12 biji buah pelaga hijau

• 1 sudu besar kelopak ros kering

• 2 sudu teh jintan manis

• 10 sudu besar gula atau sirap ros

• Beberapa urat safron — direndam di dalam 1 sudu teh air sebagai hiasan

 

Cendawan Gulung Berpudina

Hidangan untuk 8-10 orang
Cendawan dimasak dengan mentega dan ditambah pudina, kemudian disumbat ke dalam kentang yang sudah direbus lalu digoreng sehingga perang keemasan. Serbuk roti ditambah pada kentang untuk men jadikannya rangup dan tidak berderai.
CARANYA

1 Campurkan kentang yang sudah dilenyek dengan serbuk roti, garam masala, serbuk cili merah dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan kemudian ketepikan.

2. Inti• Panaskan mentega di dalam kuali kemudian tumis bawang besar hingga lembut. Masukkan cendawan. Tumis selama 3-4 minit dan biarkan is mengering. Tambahkan pudina, garam dan lada sulah mengikut cita rasa. Kacau sebati kemudian tutup api

3. Bahagikan adunan kentang lenyek tadi kepada 8 bebola. Ratakan bebola kentang itu menjadi bulatan berdiameter 8 cm. Ambil 1 sudu besar inti cendawan tadi dan Ietakkan di tengah-tengahnya. Tekan sedikit kemudian gulung dan ratakan bahagian tepi gulungan itu.

4. Puku perlahan putih telur dengan 1 sudu besar air Celup gulungan kentang tadi ke dalamnya dan golekkan pada serbuk roti untuk salutan.

5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga perang keemasan. Hidangkan dengan sos tomato atau cutni pudina seperti di muka surat 146.

RAMUAN

• 4 biji kentang (direbus, dilenyek atau dikisar)

• 2 keping roti (dikisar menggunakan pengisar untuk mendapatkan serbuk) • 1/2 sudu teh garam masala

• 1/2 sudu teh serbuk cili merah

• Garam secukup rasa

• Minyak untuk menggoreng

• Putih telur dan serbuk roti untuk salutan

INTI

• 1 sudu besar mentega

• 150 gram cendawan (dicincang)

• 1/4 cawan daun pudina (dicincang)

• 1 biji bawang besar (dicincang)

• Garam dan lada sulah secukup rasa

 

Updated: December 23, 2017 — 11:32 pm
Makan dan Main © 2018