Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

Kebab Kacang Dal Merah + Tikka Keju

Kebab Kacang Dal Merah

  • Hidangan untuk 15 orang

Kebab vegetarian Iazat disediakan daripada kacang dal merah. Warna-warni lada benggala pada permukaan luar menjadikannya kelihatan eksotik.

CARANYA

  1. Rendam kacang dal merah selama 2 jam dan tapis. Kemudian kisar kacang dal bersama halia, bawang putih dan jintan putih sehingga menjadi pes pekat dengan menggunakan sedikit air Ketepikan pes kacang dal ini.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam periuk yang tebal di bahagian bawah atau kuali tidak melekat. Masukkan pes kacang dal dan goreng selama 4-5 minit dengan api perlahan sehingga kacang dal kering dan tidak lagi melekat di bahagian bawah kuali. Tutup api.
  3. Potong kulit sekeliling roti dan celup ke dalam air beberapa saat. Perah habis airnya dan deraikan. Kemudian gaul roti, garam, garam masala dan serbuk ci i merah dengan pes kacang dal. Setelah itu bentukkan dan cucuk pada besi pencucuk atau idi sate.
  4. Tempek bawang dan lada benggala yang telah dicincang pada kebab yang telah dicucuk tadi, dengan menekan sedikit supaya ia melekat.
  5. Perlahan-lahan tarik keluar besi pencucuk atau lidi Kemudian goreng di dalam minyak sederhana panas sehingga perang keemasan. Hidang panas di atas hirisan bulat bawang yang direnjis jus lemon dan ditabur hirisan daun pudina.

RAMUAN

  • 1 cawan kacang dal merah (terbelah dua)
  • 2.5 cm halia
  • 8-10 hirisan nipis bawang putih
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk cili merah
  • 3 keping roti — direndam di dalam air dan diperah
  • 1 sudu teh garam, atau secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar bagi setiap lada benggala hijau, bawang besar, dan lada benggala merah — semuanya dicincang

UNTUK MENGHIDANG

  • 2 biji bawang besar — dihiris bulat
  • Jus daripada sebiji lemon
  • Beberapa helai daun pudina — dihiris

Tikka Keju

Hidangan untuk 6 orang
Ketulan lembut keju dilumur dengan yogurt dan dimasukkan ke dalam tempayan tanduri atau dipanggang di dalam oven menjadikannya snek rangup yang lazat.

CARANYA

  1. Panaskan minyak mustard di dalam kuali Masukkan tepung kacang kuda dan goreng dengan api perlahan sehingga ia menghasilkan aroma panggang. Jangan sampai garing.
  2. Kisar halia, bawang putih dan cili kering hingga menjadi pes.
  3. Masukkan yogurt, krim, tepung jagung, jintan putih, jus lemon, garam, garam bukit, tanduri masala dan pewarna atau serbuk kunyit. Masukkan juga tepung kacang kuda yang digoreng tadi termasuk minyaknya.
  4. Perap keju panir, lada benggala, tomato dan kepingan bawang dengan pes ini selama sekurang-kurangnya 2 jam.
  5. Sewaktu ingin menghidang, panggang keju panir dan sayuran di atas rak pemanggang yang sudah disapu minyak.
  6. Selepas 5-7 minit, renjis minyak pada keju dan terbalikkan.
  7. Terus panggang keju sehingga uarannya menjadi rangup. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Hidang panas bersama cutni pudina.

RAMUAN

  • 400 gram keju panir (Iihat ms 28) — dipotong menjadi kiub 2.5 cm
  • 1 biji lada benggala hijau dipotong menjadi kepingan 2.5 cm
  • 1 biji bawang besar — dipotong menjadi kepingan 2.5 cm
  • 1 biji tomato atau lada benggala merah — dipotong menjadi kepingan 2.5 cm
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 6-8 hirisan nipis bawang putih
  • 1-2 biji cili kering
  • 1/4 cawan yogurt pekat dikeringkan — (tapis 1/2 cawan yogurt selama 30 minit)
  • 2 sudu besar krim pekat
  • 1 sudu besar tepung kacang kuda
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar minyak, lebih bagus minyak mustard (biji sawi)
  • Beberapa titis pewarna oren atau secubit serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1/2 sudu teh garam bukit
  • 1 sudu teh tanduri masala (ms 29)
  • 1 sudu teh garam, atau secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih

Updated: December 24, 2017 — 8:32 am
Makan dan Main © 2018