Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

Tikka Ayam

Ketulan ayam tanpa tulang dibarbeku hingga rangup di luar dan lembut di dalam. Ayam diperap dengan krim, keju dan telur untuk menjadikannya enak. Tikka ini juga diperap dengan halia dan pes bawang putih.

RAMUAN

  • 500 gram isi ayam tanpa tulang — dipotong menjadi ketulan 5 cm
  • 1 biji lada benggala & 1 biji bawang — dipotong menjadi kepingan 5 cm
  • 1 biji tomato — dipotong menjadi 8 ketul dan dibuang biji
  • Chaat masala atau jus lemon untuk renjisan

PERAP PERTAMA

  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar pes halia dan bawang putih
  • 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk ci i merah

PERAP KEDUA

  • 1/2 cawan yogurt pekat dikeringkan — (tapis 1/2 cawan yogurt selama 30 minit)
  • 1/4 cawan krim pekat
  • 30 gram keju cheddar —diparut halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar ci i hijau dipotong, jika mahu
  • 2 sudu besar hirisan daun ketumbar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh garam masala

CARANYA

  1. Basuh dan lap kering ketulan ayam. Perap ayam dengan ramuan perap pertama selama 30 minit.
  2. Gaulkan yogurt, krim, keju, telur, tepung jagung, cili hijau dan daun ketumbar di dalam mangkuk. Masukkan garam dan garam masala. Kemudian perapkan pula ayam tadi dengan adunan ini selama 2-3 jam.
  3. Sewaktu ingin memasak, masukkan lada benggala, bawang dan tomato kepada adunan ayam yang diperap tadi dan gaul
  4. Cucuk ketulan ayam pada kayu pencucuk atau lidi sate yang sudah diminyakkan. Selang-selikan ketulan ayam dan sayuran. Panaskan tempayan tanduri atau oven. Letakkan ayam yang dicucuk tadi pada pemanggang atau rak besi oven yang disapu sedikit minyak. Panggang selama 15 minit, terbalikkan sekali-sekala supaya masak sekata. Masak sehingga ayam garing.
  5. Hidangkan panas dengan renjisan jus lemon atau chaat masala .

Tip: Jika memanggang tikka di dalam oven, letakkan dulang di bahagian bawah rak besi untuk menadah titsan yang keluar.

Poha

RAMUAN

  • 2 cawan emping beras (poha)
  • 1 biji bawang — dihiris nipis
  • 1 biji tomato — dicincang
  • 1/2 cawan kacang pis hijau — direbus
  • 6-8 biji cili hijau — dibelah dua
  • Beberapa helai daun kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh biji sawi • Secubit asafetida
  • 1 sudu teh gula, 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan daun ketumbar dicincang
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar minyak

Hidangan untuk 4 orang
Emping beras digunakan untuk menghasilkan snek mudah hadam ini. Ia sesuai dijadikan snek sarapan pagi atau minum petang.

CARANYA

  1. Masukkan emping beras (poha) ke dalam penapis dan basuh dengan air mengalir untuk melembutkan ia sedikit.
  2. Panaskan minyak, kemudian masukkan asafetida dan biji sawi. Sewaktu ia sudah berhenti menggeresek, masukkan daun kari dan cili hijau. Teruskan menggoreng.
  3. Masukkan bawang dan goreng hingga kuning keemasan.
  4. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Teruskan menggoreng.
  5. Masukkan tomato dan kacang pis yang telah direbus. Kacau selama beberapa minit.
  6. Kacau emping tadi menggunakan garpu dahulu, kemudian masukkan kepada adunan tadi Kacau rata selama 2-3 minit. Tambahkan jus lemon dan daun ketumbar Gaul rata dan hidangkan.
  7. Tambahkan jus lemon dan daun ketumbar Gaul rate dan hidangkan

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 221 kalori, Protein 4 gram, Karbohidrat 30.06 gram, Lemak 11.08 gram

Updated: December 24, 2017 — 8:31 am
Makan dan Main © 2018