Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

Kebab Kambing Jerary / bulat

Kelab Kambing Jerari

RAMUAN

  • 500 gram daging kambing
  • 2 biji bawang besar — dihiris, digoreng hingga perang dan rangup, dan ditumbuk
  • 1 sudu teh pes bawang putih
  • 1 sudu teh pes halia
  • 2 sudu besar kacang gajus — direndam selama 15 minit di dalam air suam & digiling menjadi pes
  • 3/4 sudu teh garam masala
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar pes betik mentah
  • 2 sudu teh krim pekat
  • Chaat masala untuk ditabur

Hidangan untuk 8 orang

Kebab ini berbentuk panjang atau kebab jejari daripada daging kambing cincang. la boleh dihidang begitu sahaja atau clipotong menjadi saiz kecil.

CARANYA

  1. Basuh daging kambing cincang dan tapis untuk keluarkan semua airnya.
  2. Campurkan semua ramuan kepada daging kambing dan uli sekata. Ketepikan selama 1 jam. Panaskan oven dengan besi pencucuk.
  3. Ambil segenggam adunan dan bulatkan menjadi bebola yang agak besar Ambi satu bebola sementara sebelah tangan lagi memegang besi pencucuk yang telah dipanaskan tadi. Tekapkan adunan tersebut pada besi pencucuk yang panas. Adunan akan senang melekat jika besi pencucuk itu panas, jika ia tak melekat dengan betul bermakna besi pencucuk itu tidak berapa panas.
  4. Ulang cara yang sama pada baki adunan. Kemudian panggang di dalam oven. Terbalikkan selalu supaya semua bahagian masak sekata. Setelah masak, keluarkan daripada besi pencucuk menggunakan napkin.
  5. Goreng layur kebab ini di dalam kuali tak melekat dengan 1 sudu besar minyak. Untuk menghidang, tabur sedikit chaat masala dan renjis jus lemon pada kebab yang masih panas.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 95.65 kalori, Protein 14.20 gram, Karbohidrat 2.55 gram, Le-mak 3.19 ram.

Kebab Kambing Bulat

RAMUAN

  • 500 g daging kambing cincang
  • 1/4 cawan kacang dal kuning direndam di dalam air selama 15 minit & keringkan
  • 1 biji bawang dihiris (1/2 cawan)
  • 1 sudu besar bawang putih dicincang
  • 2.5 cm halia dimayang
  • 2 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 3-4 bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga hijau
  • 2 biji buah pelaga perang (moti elaichi)
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 1 helai daun salam
  • 4-5 biji Iada hitam
  • 2-3 biji cili kering
  • garam secukup rasa,1/2 cawan air

Hidangan untuk 8 orang
Kebab ini berbentuk bulat leper daripada daging kambing cincang dan kacang dal kuning.

CARANYA

  1. Basuh daging kambing cincang dan tapis untuk keluarkan semua airnya.
  2. Tambahkan semua ramuan kepada daging kambing dan masak di dalam kuali yang bahagian bawahnya tebal dengan api perlahan sehingga masak dan kering atau masak di dalam periuk tekanan sehingga ia berbunyi 2 kali. Selepas itu perlahan api selama 2 minit kemudian tutup api
  3. Apabila tekanan jatuh, buka penutup periuk tekanan itu. Jika masih ada air, buka api untuk mengeringkannya. Adunan mesti betul-betul kering, jika basah kebab akan pecah semasa digoreng.
  4. Kisar kering adunan daging cincang itu di dalam pengisar makanan sehingga lembut tanpa menambah air
  5. Bulat-bulatkan adunan menjadi bebola kecil dan tekan sedikit supaya leper Goreng layur kebab itu di dalam kuali tak melekat dengan 1 sudu besar minyak dengan api sederhana sehingga kedua-dua belah menjadi perang.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 113.35 kalori, Protein 14.54 gram, Karbohidrat 3.95 :ram Lemak 4.40 :ram

Updated: December 25, 2017 — 9:50 am
Makan dan Main © 2018