Kari Cili Hijau Sumbat
RAMUAN
- 9-10 biji cili hijau besar
- 4-5 biji kentang — direbus dan dilenyek (2 cawan)
- 1 1/2 sudu teh halia dicincang
- 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
- 1/2 sudu teh chaat masala
- 1/2 sudu teh serbuk cili merah
- 1/4 sudu teh garam masala
- 2 sudu besar yogurt
- 1 sudu teh jus lemon
- Secubit garam batu (kala namak)
- 2 sudu besar mentega
RAMUAN KUAH
- 4 biji tomato — direbus selama 3-4 minit, kupas kulitnya dan kisar menjadi pes
- 3 sudu besar minyak
- 1 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh atau secukup rasa, garam
- 3 sudu besar krim • 1/4 sudu teh serbuk cili merah
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1/4 sudu teh garam masala
- 1 1/2 cawan air
Hidangan untuk 4-5 orang
Ini ialah kari lazat dimasak tanpa bawang besar dan bawang putih. Kernel jagung direbus bersama kentang juga boleh ditambah untuk menjadi inti.
CARANYA
- Kelar memanjang ci i dan buang bijinya. Masak air hingga mendidih dan masukkan ci i ke dalam air mendidih itu dan tutup api. Keluarkan cili selepas seminit.
- Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan halia, goreng hingga keemasan. Masukkan kentang, garam, chaat masala, cili merah, garam masala, yogurt, jus lemon dan garam batu. Tumis dengan kepanasan sederhana selama 5 minit untuk jadikan inti masala. Tutup api dan biar sejuk.
- Setelah itu, sumbatkan inti masala tersebut pada cili hijau yang sudah dikelar tadi.
- Untuk kuah, panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan jintan putih. Sewaktu ia mula menggerutup, masukkan puri tomato, garam, garam masala, chaat masala, serbuk kunyit dan serbuk ci i Tumis selama 7-8 minit sehingga pecah minyak.
- Masukkan krim dan tumis selama 2-3 minit lagi. Jika inti masala tadi masih berbaki, tambahkan saja inti pada gorengan dan gaul selama 2 minit.
- Masukkan cili hijau berinti tadi dan tambahkan 1 cawan air untuk menjadikan kuah yang pekat. Tutup periuk dan biarkan masak dengan api perlahan selama 5-7 minit.
- Setelah ci i hijau masak, tutup api dan hidang panas dengan capati.
TIP: Anda juga boleh celup cili yang sudah berinti dengan adunan salutan tepung kacang kuda dan goreng dengan minyak yang banyak.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 178 kalori, Protein 1.6 gram, Karbohidrat 20 gram, Lemak 10.2 gram
Kari Keju Mentega
RAMUAN
- 250 g keju panir — dipotong menjadi ketulan 1 inci/2.5 cm
RAMUAN KUAH - 3 sudu besar mentega atau minyak
- 2 biji bawang besar — dicincang (1 cawan)
- 1 biji ci i hijau — dibuang biji dan dicincang
- 1 sudu teh halia dicincang
- 1/4 sudu teh serbuk cili merah
- 6-7 biji tomato (500 g) — dicincang
- 1/4 cawan yogurt — dipukul hingga lembut
- 3 sudu besar kacang gajus — rendam di dalam sedikit air selama 15 minit & dikisar/gi ing menjadi pes
- 1 1/2 sudu teh atau secukup rasa, garam
- 3/4 sudu teh garam masala
- 1/2 — 1 sudu teh atau secukup rasa, gula
- 1/2cawan krim cair segar atau susu
- 1 sudu besar sos tomato
Hidangan untuk 6 orang
Keju panir di dalam kari tomato harum dimasak dengan mentega. Anda boleh tukarkan keju panir dengan kentang dan kacang pis jika suka dan namanya bertukar menjadi kari kentang kacang pis mentega.
CARANYA
- Panaskan 2 sudu mentega atau minyak di dalam periuk. Masukkan bawang, cili hijau dan halia. Masak dengan api perlahan hingga bawang bertukar menjadi lutsinar Masukkan serbuk cili merah dan kacau. Masukkan pula tomato yang dicincang dan gaul. Tutup periuk dan biarkan masak selama 7-8 minit hingga tomato layu.
- Masukkan yogurt dan teruskan masak hingga adunan menjadi kering dan kemerahan semula.
- Tutup api dan biarkan sejuk. Kisar hingga menjadi puri yang lembut dengan menggunakan Y2 cawan air Setelah itu, panaskan 1 sudu besar mentega atau minyak di dalam periuk lain. Kemudian masukkan puri tomato-yogurt tadi. Kacau gorengan selama 3-4 minit dengan api perlahan.
- Masukkan garam, garam masala, gula dan sos tomato. Gaul dan kemudian masukkan pes kacang gajus. Masak dengan api perlahan selama 1-2 minit.
- Masukkan susu atau krim cair segar untuk mendapatkan kuah yang pekat. Masukkan keju panir Biarkan mendidih dengan api perlahan. Setelah itu, tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk yang ingin dihidang.
- Hias dengan putaran krim, daun ketumbar dan hirisan halia berbentuk mancis. Hidang dengan roti nan, roti perata atau roti-roti lain.
TIP: Keju panir boleh disediakan seperti pada muka surat 28. Selain itu, anda juga boleh gantikan keju panir dengan memanggang keju ricotta di dalam oven pada suhu 350 Fahrenheit selama 30 minit. Potong keju ricotta yang dipanggang menjadi kiub setelah ia sejuk.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 323.42 kalori, Protein 15.74 gram, Karbohidrat 13.59 gram, Lemak 22.82 gram