Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

DUMPLING KENTANG

DUMPLING KENTANG

RAMUAN

SALUTAN DUMPLING

  • 4 biji kentang — direbus & diparut (2 cawan)
  • 4 keping roti — dicelup di dalam air & diperah semula
  • 3/4 sudu teh atau secukup rasa, garam
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Secubit serbuk penaik
  • 2 sudu teh sos tomato

RAMUAN INTI

  • 1 sudu besar minyak
  • 1 biji karot — diparut kasar
  • 1 biji lada benggala — dimayang (1/2 cawan)
  • 3-4 sudu besar kubis — dimayang
  • 1/4 keju cheddar diparut
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

RAMUAN KUAH

  • 4 sudu besar minyak
  • 2 biji buah pelaga hitam
  • 2 biji bawang besar — dicincang (1 cawan)
  • 3 biji tomato — dicincang (1 1/2 cawan)
  • 2 sudu teh halia diparut halus
  • 11/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk ci i merah
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 3/4 cawan susu • 1 sudu besar sos tomato
  • Garam secukup rasa

Hidangan untuk 4 orang

Dumpling kentang dengan inti sayuran pelbagai warna. Potong dua dumpling dan anda boleh lihat sayuran di dalamnya. Dihidang dengan kuah kari berperisa pelaga yang kemerahan.

CARANYA

  1. Untuk salutan dumpling, gaul sebati semua ramuan untuk salutan dumpling yang diberikan. Bahagikan kepada 4 bebola besar Ketepikan.
  2. Untuk inti, panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan sayuran dan tumis selama 2 minit. Taburkan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan masukkan keju.
  3. Ratakan bebola tadi menjadi bulatan berdiameter 8 cm. Letakkan 1 sudu inti di tengah-tengah. Kaup menggunakan tangan dan kemudian tutup rapat dumpling.
  4. Bentukkan dumpling bujur seperti telur Goreng dumpling dengan minyak yang banyak, sebiji dalam satu-satu masa dengan berhati-hati sehingga perang keemasan.
  5. Untuk membuat kuah, kisar bawang, tomato dan separuh daripada halia. Panaskan minyak, masukkan pelaga dan tunggu lebih kurang 30-40 saat. Masukkan pes yang dikisar tadi dan masak dengan api sederhana sehingga kering. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk cili merah. Goreng dan kacau hingga pecah minyak.
  6. Perlahankan api dan tambah susu sedikit demi sedikit, 2-3 sudu besar untuk satu-satu masa. Kacau tanpa henti sehingga semua susu habis dimasukkan. Masak dengan api perlahan hingga bertukar warna menjadi merah semula dan pecah minyak.
  7. Masukkan air secukupnya untuk mendapatkan kari yang cair Biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam, garam masala, sos tomato, dan masak dengan api perlahan selama 8-10 minit sehingga ia sedikit pekat. Ketepikan.
  8. Untuk menghidang, potong dumpling menjadi dua. Tuang kuah ke dalam mangkuk yang ingin dihidangkan. Susun dumpling di atas kuah dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit untuk panaskan dumpling. Hidang terus dengan nasi atau roti.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 339.49 kalori, Protein 9.14 gram, Karbohidrat 27.05 gram, Lemak 21.54 gram

Updated: December 31, 2017 — 3:02 am
Makan dan Main © 2018