RAMUAN
- 6-8 putik jagung
- 1 biji lada benggala hijau
- 8 biji tomato ceri atau 1 biji tomato besar
- 200 g (10-12) cendawan butang
- 250 g keju panir (lihat ms 28)
- 1 biji bawang besar
RAMUAN PERAP
- 1 cawan yogurt pekat — ditapis selama 30 minit
- 2 sudu besar krim pekat
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh garam bukit
- 1/2 sudu teh garam masala
- 1/2 sudu teh serbuk cili merah
- 3/4 sudu teh atau secukup rasa, garam
SOS BARBEKU
- 4 sudu besar minyak
- 1 ulas bawang kecil — dicincang halus
- 1 sudu besar saderi dicincang
- 8-10 ulas bawang putih — ditumbuk (1 sudu besar)
- 4 biji tomato besar — direbus, buang kulit, dan dijadikan purl
- 1/4 purl tomato
- 1/2 sudu teh pes cili merah atau paprika
- 2 sudu teh sos worchestshire (Lea & Perrins)
- 2 sudu teh kicap
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh gula
- 1 cawan air (anggaran)
Hidangan untuk 4 orang
Pelbagai sayuran disapu dengan yogurt yang dicampur pes halia-bawang putih dan dibarbeku menggunakan pemanggang atau oven tempayan. la sungguh enak dihidang dengan sos.
CARANYA
- Potong keju panir dan lada benggala hijau menjadi kiub 11/2 inci/4 cm. Gunakan sebiji penuh tomato ceri atau jika gunakan tomato biasa, potong menjadi 8 ketul dan keluarkan isi dalamnya. Rapikan bahagian hujung cendawan dan biarkan is bulat penuh. Belah 4 bawang dan buang kulitnya. Rebus putik jagung dengan air panas bergaram selama 2 minit.
- Gaulkan semua bahan perap di dalam mangkuk adunan yang besar Masukkan keju panir dahulu dan gaul sekata. Kemudian masukkan semua sayuran lain dan gaul dengan lembut supaya keju panir tidak pecah. Perap selama 30 minit atau sehingga waktu hendak memasak.
- Cucuk keju panir dan sayuran pada besi pencucuk yang sudah diminyakkan. Panggang di dalam oven pada suhu 210 °C/410 selama 12 minit atau panggang di dalam oven tempayan. Jika tiada besi pencucuk, anda boleh susun sayuran di atas gri pemanggang yang sudah disapu minyak.
- Untuk sos barbeku, panaskan minyak di dalam kuali atau periuk dalam. Masukkan bawang dan saderi, kacau hingga bawang bertukar kuning keemasan. Masukkan bawang putih dan kacau. Masukkan tomato purl, dan pes cili. Teruskan mengacau dan masak selama 5 minit sehingga pecah minyak.
- Masukkan kicap, sos worchestshire, garam dan lada sudah. Tambahkan air secukupnya supaya teksturnya menjadi seperti sos. Renehkan selama 5 minit. Tambahkan gula jika perlu.
- Sewaktu ingin menghidang, tuang sos barbeku di dalam pinggan dan letakkan besi pencucuk sayur di atasnya. Tarik keluar besi pencucuk dengan berhati-hati supaya sayur dan keju panir tersusun elok. Buat pada semua besi pencucuk dan hidang panas dengan nasi jika mahu.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 35.3 kalori, Protein 11.7 gram, Karbohidrat 12.5 gram, Lemak 18.95 gram