Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

Tanduri Sulur Keladi dan Tanduri Kubis Bunga

Tanduri Sulur Keladi

RAMUAN

  • 500g sulur keladi – 5 cm panjang
  • 1 cawan yogurt — ditapis lama 30 minit
  • 1 sudu besar tanduri atau chaat masala (Iihat ms 29)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh ajwain
  • 2 sudu teh pes halia-bawang putih
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 biji bawang besar — dihiris (1 cawan)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1/2 sudu teh serbuk mangga kering
  • 1/2 sudu besar halia dikisar

Hidangan untuk 6 orang
Sulur keladi atau colocasia, adalah pilihan enak untuk ulam atau hidangan sampingan. Ajwain memudahkan pencernaan sayur ini selain melazatkannya.

CARANYA

  1. Rebus sulur keladi dengan air bergaram selama 10-12 minit hingga masak. Keluarkan daripada periuk, tapis dan buang kulitnya. Potong setiap satu menjadi 2 bahagian dan leperkan sedikit.
  2. Tapis yogurt dengan kain muslin selama 30 minit supaya airnya kering. Setelah itu, gaul 1 sudu besar minyak, 1/2 sudu teh garam dan tanduri/ chaat masala dengan yogurt yang sudah ditapis. Masukkan pes halia-bawang putih, tepung jagung dan 1/2 sudu teh ajwain digiling. Perap sulur keladi dengan adunan ini selama 15-20 minit.
  3. Sapu minyak pada rak pemanggang atau dulang. Susun sulur keladi di atasnya. Panggang dengan suhu sederhana, 190 °C/375 selama 20 minit sehingga yogurt pada sulur keladi kering dan menjadi salutan. Keluarkan dari oven dan ketepikan.
  4. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali tak melekat. Setelah minyak panas, perlahankan api dan masukkan 1/2 sudu teh ajwain. Biarkan beberapa saat hingga perang keemasan, masukkan hirisan bawang. Masak hingga bawang bertukar sedikit keperangan. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, garam masala, serbuk mangga kering dan 1/4 sudu teh garam. Kemudian masukkan sulur keladi.
  5. Masukkan halia dikisar dan gaul sebati. Kacau goreng selama 3-4 minit. Tambahkan beberapa sudu teh minyak jika is melekat pada kuali. Tutup api dan hidang panas dengan hirisan bulat bawang dan belahan lemon.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 90.06 kalori, Protein 1 18 gram, Karbohidrat 4.26 gram, Lemak 7.57 gram

 

Tanduri Kubis Bunga

Kubis bunga penuh dipanggang dengan yogurt masala halia-bawang putih yang disumbat di celah-celah kelopak kubis. Hirisan bulat bawang serta daun ketumbar segar menjadi topping untuk menghebatkan lagi rasa.

RAMUAN

  • 3 biji kubis bunga kecil, setiap satu anggaran 315 g

RAMUAN PERAP

  • 11/2 cawan yogurt pekat — ditapis selama 30 minit untuk menjadikannya 3/4 cawan yogurt ditapis
  • 2 sudu besar pes halia-bawang putih
  • 2 sudu teh tanduri masala (lihat ms 29)
  • 1/4 sudu teh atau secukup rasa, garam
  • 2 cubit serbuk kunyit untuk memberi warna
  • 1/2 sudu teh serbuk cili merah
  • 2 sudu besar minyak

RAMUAN TOPPING

  • 2 sudu besar minyak
  • 4-5 biji bawang kecil — dipotong bulat (1 cawan)
  • 1/4 cawan purl tomato
  • 3-4 sudu besar daun ketumbar segar dicincang
  • 1 biji cili hijau — dibuang biji dan dicincang
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh tanduri masala (lihat ms 29)

CARANYA

  1. Rebus 5-6 cawan air di dalam periuk besar dengan 2 sudu teh garam. Setelah mendidih, masukkan kubis bunga. Masak selama 2-3 minit sehingga is lembut sedikit. Jangan masak terlalu lama. Keluarkan daripada air dan lap hingga kering menggunakan tuala dapur yang bersi h. Ketepikan.
  2. Campurkan kesemua bahan perap di dalam mangkuk dan gaul sebati. Sapukan bahan perap pada kubis bunga termasuk di celah-celah batang kelopaknya. Terbalikkan kubis bunga dan sapu di bahagian bawah juga. Perap kubis bunga sekurang-kurangnya 1 jam.
  3. Letakkan kubis bunga yang sudah diperap pada rak pembakar di dalam oven panas dengan suhu 200 °C/400 °F dan panggang hingga keemasan. Setelah itu, keluarkan dan susun di dalam pinggan menghidang.
  4. Untuk menyediakan topping, panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali Masukkan hirisan bawang. Setelah bawang bertukar perang, masukkan pula purl tomato dan kacau. Kemudian masukkan daun ketumbar, ci i hijau, dan tanduri masala. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Untuk menghidang, sapu topping bawang pada kubis bunga yang sudah dipanggang tadi Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro atau oven. Hidang panas dengan nasi atau roti.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 112.24 kalori, Protein 3.29 gram, Karbohidrat 3.93 gram, Lemak 9.26 gram

Updated: December 31, 2017 — 2:55 pm
Makan dan Main © 2018