Kacang Buncis Dengan Bijan
Hidangan untuk 4 orang
RAMUAN
- 200 g kacang buncis — dibuang urat dan dipotong menjadi 5 cm panjang
- 1 biji tomato — dibelah 4
- 2 sudu besar daun halba kering
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu teh bijan — dipanggang kering untuk hiasan
ADUNAN REMPAH (DIKISAR BERSAMA
DENGAN BEBERAPA SUDU BESAR AIR)
- 2 sudu teh bijan putih
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk cili merah
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh atau secukup rasa, garam
- 1 biji bawang besar — dicincang kasar (3/4 cawan)
- 2 ulas bawang putih
Kacang buncis yang digabungkan dengan bijan ini sangat cantik dihidang serta lazat rasanya. Pastikan kacang buncis dipotong agak panjang lebih kurang 5 cm, supaya is nampak lebih menyelerakan.
CARANYA
- Untuk menyediakan adunan rempah, kisar bawang besar dengan jintan putih, bijan, serbuk ketumbar, serbuk cili merah, bawang putih dan serbuk kunyit dengan sedikit air untuk menjadikannya pes. Kisar menggunakan pengisar kopi atau pengisar rempah.
- Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali atau periuk. Perlahankan api dan masukkan adunan rempah. Tambahkan garam dan kacau goreng selama 2 minit.
- Masukkan tomato, kacang buncis dan daun halba. Kacau goreng selama 5 minit.
- Tutup dan biarkan masak selama 10-15 minit atau sehingga kacang lembut. Jangan biarkan layu. Hidang dengan taburan bijan dipanggang bersama roti pilihan.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 90.06 kalori, Protein 1 18 gram, Karbohidrat 4.26 gram, Lemak 7.57 gram
Bayam Berempah
Hidangan untuk 4 orang
Putik jagung dan bayam dengan rasa harum pelaga hijau dan bunga cengkih men jadikan hidangan sampingan ini lazat. Anda juga boleh gantikan putik jagung dengan kernel jagung manis.
RAMUAN
- 500 g bayam
- 100 g putik jagung — dibelah dua memanjang
- 1 sudu besar jus lemon
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- Secubit serbuk kunyit
- 3 — 4 sudu besar minyak
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1 sudu besar bawang putih dicincang halus
- 2 biji cili kering merah — dipecah kasar
- 1 biji bawang besar — dipotong bulat
- 1 biji tomato — dicincang halus
- 3/4 sudu teh atau secukup rasa, garam
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh garam masala
RAMUAN DIKISAR/DITUMBUK BERSAMA
- 1 biji bunga cengkih dan 1 biji pelaga hijau
CARANYA
- Potong bayam menjadi seperti reben atau potong memanjang.
- 2Basuh bersih bayam dan tapis untuk keluarkan airnya.
- Panaskan 3 cawan air di dalam periuk. Masukkan jus lemon, gula, 1 sudu teh garam, dan secubit kunyit. Biarkan mendidih dan kemudian masukkan putik jagung. Rebus selama 1 — 2 minit. Kemudian tapis.
- Panaskan minyak di dalam kuali atau kadhai besar Masukkan jintan putih dan goreng hingga keemasan. Masukkan bawang putih, cili merah dan bawang besar Kacau selama 1/2 minit sehingga bawang putih berubah warna.
- Masukkan bayam dan 1/4 sudu teh garam. Kacau goreng hingga kering dan masak. Masukkan garam masala dan serbuk ketumbar Masukkan tomato dan masak selama 1 minit.
- Masukkan putik jagung, masak selama 5 minit hingga tomato sedikit lembut dan bayam bergaul sebati dengan jagung.
- Masukkan ramuan yang ditumbuk tadi dan gau sebati. Sedia dihidang.
TIP: Tambahkan sedikit gula pada sayuran hijau untuk membantu supaya warnanya kekal segar langan tutup semasa memasak sayuran hijau kerana warna sayur akan hilang dan sayur menjadi layu.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 208 kalori, Protein 4.45 gram, Karbohidrat 11.6 gram, Le-mak 16 gram