Brokoli Peshawar
Hidangan untuk 4 orang
Hidangan sayur brokoli dengan adunan rasa kacang gajus panggang, pelaga dan dibarbeku.
RAMUAN
- 500 g (2 biji saiz medium) brokoli —dipotong kelopak saiz medium dengan batang yang panjang
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula RAMUAN PERAP PERTAMA • Jus daripada sebiji lemon (3-4 sudu teh)
- 3/4 sudu teh ajwain
- 1 sudu teh garam dan 1/2 sudu teh serbuk cili merah
RAMUAN PERAP KEDUA
- 1 cawan yogurt pekat — ditapis selama 30 minit atau lebih
- 4 sudu besar kacang gajus dipanggang atau digoreng — dikisar dengan sedikit air hingga menjadi pes pekat
- 1/2 cawan krim pekat
- 2 sudu teh pes halia
- 11/2 sudu teh pes cili merah (jika mahu)
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/4 sudu teh garam masala
- 2 sudu besar minyak
- 1 biji bunga cengkih — ditumbuk
- Biji daripada 1 biji buah pelaga hijau —ditumbuk
CARANYA
- Rebus 5-6 cawan air di dalam periuk besar Masukkan 2 sudu teh garam dan 1 sudu teh gula. Setelah mendidih, masukkan brokoli yang sudah dipotong. Rebus selama 2 minit. Tapis dan lap kering dengan tuala dapur yang bersih.
- Susun brokoli di dalam pinggan yang rata dan tabur semua ramuan perap pertama. Perap selama 15 minit.
- Keringkan brokoli jika masih terdapat lebihan air Sementara itu, campurkan kesemua bahan perap kedua di dalam mangkuk. Kemudian masukkan brokoli pada bahan perap kedua dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa dan simpan di dalam peti ais hingga tiba waktu untuk menghidang.
- Sapu rak pemanggang dengan minyak kemudian susun sayur brokoli di atasnya. Jika anda guna oven gas, panggang selama 10 minit. Jika anda guna oven elektrik, panaskan oven dan panggang dengan suhu 210 °C1410 °F selama 10 minit sahaja. Jangan barbeku terlalu lama kerana brokoli akan menjadi terlalu kering. Hidang panas sebagai juadah sampingan.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 125.00 kalori, Protein 3.29 gram, Karbohidrat 11 gram, Lemak 4.88 gram.
Kentang Masam Manis
Kombinasi rempah ratus yang digoreng dengan minyak panas untuk menaikkan bau dan rasa. Gorengan ini kemudiannya dituang ke atas kentang yang terlebih dahulu disediakan dengan rencah masam dan manis untuk melazatkan lagi rasa serta mencantikkan hidangan.
Hidangan untuk 6 orang
RAMUAN
- 500 g kentang
- 4 biji bawang merah sederhana besar
- 1 helai daun salam
- 1 1/2 sudu teh pes halia
- 1 1/2 sudu teh pes bawang putih
- 1 1/2 sudu teh serbuk cili merah
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh atau secukup rasa, garam
- Minyak untuk menggoreng
RAMUAN YANG DICAMPUR BERSAMA
- 1/4 cawan cuka
- 2 sudu teh gula RAMUAN GORENG
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu teh habbatus-sauda
- 1/2 sudu teh biji sawi
- 1 sudu teh jintan putih
- 8 biji cili kering merah
CARANYA
- Rebus dan buang kulit kentang. Potong menjadi ketulan bersaiz 2.5 cm.
- Kisar bawang menjadi pes.
- Panaskan minyak di dalam periuk atau kadhai Goreng kentang hingga perang keemasan. Ketepikan.
- Panaskan 6 sudu besar minyak. Masukkan daun salam dan bawang dan goreng selama 8-10 minit dengan api sederhana besar hingga perang keemasan.
- Masukkan halia dan bawang putih dan goreng selama 1 minit. Masukkan garam, serbuk kunyit dan serbuk cili merah, gaul sebati. Tambahkan 2 sudu besar air dan biarkan is mendidih.
- Masukkan kentang yang digoreng tadi dan kacau dengan lembut. Tambahkan 1/2 cawan air dan masak dengan api perlahan selama 5 minit sehingga semua rempah sudah bergabung sebati dan berkuah sedikit pekat.
- Tutup api dan masukkan cuka yang dicampur gula. Gaul rata dengan lembut. Pindahkan ke mangkuk menghidang.
- Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan habbatus-sauda, biji sawi dan jintan putih. Kemudian masukkan semua cili merah kering. Setelah jintan putih bertukar warna keemasan dan ci i merah menjadi gelap, tuangkan gorengan ini ke atas kentang tadi.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 230.83 kalori, Protein 1.81 gram, Karbohidrat 24.2 gram, Le-mak 14.78 gram