Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

KEJU BAWANG—TOMATO dan BENDU BERINTI

KEJU BAWANG—TOMATO

Hidangan untuk 4 orang
Kiub keju panir dipanggang dengan rempah ratus kemudian ditambahkan pada masala bawang-tomato.

RAMUAN

  • 500 g keju panir
  • 2 biji bawang besar —dicincang
  • 2 biji tomato besar — dicincan
  • 1/2 cawan purl tomato
  • 1 cawan yogurt — ditapis dengan kain kapas selama setengah jam
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk cili merah
  • 2 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
  • 1 sudu besar halia dihiris seperti mancis
  • 1 sudu teh ci i hijau dicincang
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 sudu teh jintan putih

REMPAH RATUS

  • 5-6 biji pelaga hijau
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 4-5 bunga cengkih
  • 1/2 sudu teh ajwain

CARANYA

  1. Tumbuk pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan ajwain dengan lesung batu. Ketepikan.
  2. Campurkan rempah ditumbuk tadi dengan garam, serbuk cili merah, tepung jagung dan yogurt. Tambahkan 2 sudu minyak dan gaul rata.
  3. Potong keju panir menjadi ketulan 1 inci/2.5 cm atau besar sedikit. Tambahkan yogurt dan gaul perlahan dengan keju panir
  4. Panggang keju panir di dalam oven panas selama 5-6 minit hingga sedikit kuning keemasan. Terbalikkan dan panggang bahagian itu juga.
  5. Sewaktu sampai masa untuk menghidang, panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali. Masukkan jintan putih, sewaktu is mula menggeresek, masukkan pula serbuk cili dan bawang besar Kacau hingga keemasan. Masukkan halia dan cili hijau.
  6. Masukkan tomato, purl tomato dan 1/2 sudu teh garam, kacau hingga pecah minyak.
  7. Masukkan keju panir dan kacau sebati selama 2-3 minit. Hidangkan.

TIP: Nikmati teh masala dengan mendidihkan air bersama rempah ratus ini — 1/4 inci kulit kayu manis, 1 biji bunga cengkih dan sebiji buah pelaga hijau.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 235 kalori, Protein 14.39 gram, Karbohidrat 10.65 gram, Lemak 15.48 gram

Bendu Berinti

Hidangan untuk 4 orang

RAMUAN

  • 250 g bendi
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh habbatus-sauda
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 biji ci i hijau
  • 4 sudu besar minyak

RAMUAN INTI

  • 4 sudu sesat tepung kacang kuda
  • 4 sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh jintan manis — ditumbuk hingga halus
  • 2 sudu teh serbuk mangga kering
  • 1 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 1/2 sudu teh serbuk cili merah
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh atau secukup rasa, garam
  • 1 sudu besar minyak

Sayur bendi ini dimasak penuh atau dipotong menjadi potongan kecil. Bendi pada mulanya perlu dimasak tanpa ditutup hingga in tidak lagi melekit. Setelah itu, ia boleh ditutup hingga masak.

CARANYA

  1. Basuh dan potong tangkai bendi. Kemudian kelar memanjang setiap bendi itu.
  2. Masukkan tepung kacang kuda, serbuk cili merah, serbuk jintan, serbuk ketumbar, serbuk habbatus-sauda, serbuk mangga kering, garam masala, serbuk kunyit, garam dan 1 sudu besar minyak. Gau rata.
  3. Sumbatkan adunan ini ke dalam bendi.
  4. Panaskan 4 sudu besar minyak di dalam kuali atau kadhai. Kemudian masukkan jintan manis, habbatus-sauda dan jintan putih. Apabila jintan manis nnula berubah warna, masukkan bendi dan cili hijau. Kacau selama 4-5 minit tanpa menutup kuali. Setelah itu, tutup, biarkan masak dengan api perlahan selama 10 minit hingga lembut.
  5. Buka penutup dan masak selama 10 minit lagi hingga garing. Hidang panas dengan roti.

TIP: Bendi mestilah lembut dan muda dengan biji yang kecil. Sewaktu memil-ih bendi, cuba patahkan hujungnya. Jika ia mudah dipatahkan, bermakna ia muda dan masih segar

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 152 kalori, Protein 5.24 gram, Karbohidrat 6.84 gram, Lemak 13.81 gram

Updated: January 6, 2018 — 8:08 am
Makan dan Main © 2018