Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

IKAN TANDURI dan KARI UDANG

IKAN TANDURI

Hidangan untuk 4 orang
Ikan yang dipanggang barbeku merupakan hidangan ikan yang lazat dan popular

RAMUAN

  • 500 g ikan (dipotong memanjang seperti jejari  besar)
  • 2 sudu besar tepung kacang kuda
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Chaat masala untuk ditabur, jika mahu

RAMUAN BAHAN PERAP (1)

  • 2 sudu besar jus lemon, garam & serbuk cili merah secukup rasa.

 

BAHAN PERAP (2)

  • 1 sudu teh pes halia
  • 2 sudu teh pes bawang putih
  • 2-3 sudu besar yogurt pekat
  • 1/2 sudu teh ajwain
  • 1 sudu besar daun halba kering (ditumbuk)
  • Beberapa titis pewarna makanan merah-oren
  • 2 sudu besar minyak

CARANYA

  1. Lumur ikan dengan tepung kacang kuda dan jus lemon untuk hilangkan bau hanyir ikan. Basuh bersih dan keringkan.
  2. Bahan Perap (1): Sapukan ikan dengan jus lemon, garam dan serbuk ci i. Ketepikan selama 30 minit.
  3. Bahan Perap (2): Campurkan bawang putih , pes halia, yogurt, ajwain, daun ketumbar kering, pewarna dan minyak. Lumurkan pada ikan dan perap selama 30 minit atau sehingga tiba waktu untuk memanggang.
  4. Panggang dengan oven bersuhu sederhana. Sapukan mentega pada kedua-dua bahagian. Panggang hingga masak. Taburkan chaat masala dan hidang.

TIP: Anda boleh juga goreng filet ikan tersebut selain dibakar/panggang. Untuk menggoreng, tabur sedikit tepung jagung di atas ikan yang sudah diperap untuk memberikannya salutan kering. Jika tepung jagung nampak basah, golek sekali lagi dalam tepung jagung kering sebelum digoreng.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 166.8 kalori, Protein 16.2 gram, Karbohidrat 3.45 gram, Lemak 9.8 gram

 

KARI UDANG

Hidangan untuk 4-6 orang

Kari udang dengan santan, Iazat dan pedas.

RAMUAN

  • 250 g udang (dibuang kulit dan kepala, ekor dibiarkan)
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu teh pes cili merah-bawang putih
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 cawan santan
  • 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula
  • 4-5 ceri tomato atau 125 tomato (potong menjadi 1 inci)
  • 1-2 sudu besar jus lemon

UNTUK HIASAN

  • 1-2 cili hijau/merah (dicincang)
  • Sedikit daun ketumbarCARANYA
  1. Panaskan minyak. Masukkan pes cili-bawang putih dan serbuk kunyit. Tumis selama 1 minit dengan api perlahan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan 3/4 cawan santan. Kacau hingga mendidih. Reneh selama 5-7 minit. Masukkan garam dan gula. Masukkan baki santan. Didih selama 3-4 minit.
  3. Masukkan udang dan tomato. Masak selama 4-5 minit hingga udang masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan jus lemon dan gaul.
  4. Hias dengan cili dan daun ketumbar Hidangkan ketika panas bersama dengan nasi.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 232.42 kalori, Protein 9.56 gram, Karbohidrat 5.43 gram, Lemak 19.12 gram.

Updated: January 4, 2018 — 12:10 pm
Makan dan Main © 2018