Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

AYAM TANDURI dan AYAM GORENG MENTEGA

AYAM TANDURI

Hidangan untuk 4 orang

la merupakan juadah kegemaran sejak dari dulu lagi! Merupakan menu wajib bagi setiap restoran di India. Mempunyai dua jenis perap berbeza menjadikannya istimewa. Walau bagaimanapun jika anda kesuntukan waktu, anda boleh gabungkan terus langkah perap pertama dan kedua sekali gus.

RAMUAN

  • 1 ekor ayam (dipotong 4 atau 8 ketul)
  • 2 sudu teh tanduri masala (ms 29) (untuk ditabur) • RAMUAN PERAP PERTAMA
  • 1 1/2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar pes halia-bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam RAMUAN PERAP KEDUA
  • 1/2 cawan yogurt pekat
  • 2 sudu besar krim pekat
  • 1 biji bawang besar (diparut & diverah airnya)
  • 1 sudu besar pes bawang putih
  • 1 sudu besar pes halia
  • 1/2 sudu teh garam bukit
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh tanduri masala
  • 1 sudu besar daun halba kering (ditumbuk)
  • Beberapa titis pewarna makanan merah-oren
  • 1/4 sudu teh atau secukup rasa, garam

CARANYA

  1. Basuh dan lap kering ketulan ayam. Kelar pada bahagian ayam.
  2. Campurkan jus lemon, pes halia-bawang putih, garam dan serbuk cili. Kemudian lumur pada ayam dan juga dalam bahagian yang dikelar Ketepikan ayam yang diperap selama 30 minit.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan kesemua ramuan perap kedua. Setelah ayam selesai diperap dengan yang pertama selama 30 minit, masukkan pula ayam pada perap yang kedua. Perap lagi selama 3-4 jam.
  4. Panaskan tanduri oven dengan kepanasan minima atau oven elektrik dengan suhu 180 °C/350 °F Letakkan ayam pada gril pemanggang atau rak besi di dalam oven (jika guna oven, pastikan letak dulang pemanggang di bawahnya untuk menampung titisan air dari ayam)
  5. Panggang selama 8-10 minit. Sapu sedikit minyak pada ayam. Pusing ayam dan masak semula selama 8-10 minit lagi sehingga ayam kering dan masak sepenunya. Letakkan ayam dalam pinggan menghidang. Tabur sedikit tanduri masala. Hidang panas dengan hirisan bulat bawang besar dan lemon.

KANDUNGAN NUTRISI (setia•bahagian) — Tena a 220.63 kalori, Protein 49.34 ram, Karbohidrat 0.75 :ram, Lemak 2.25 gram

 

AYAM GORENG MENTEGA

Hidangan untuk 6 orang

Ayam dengan sos harum merah dimasak dengan mentega. Enak untuk dinikmati!

RAMUAN

1 ayam tanduri (ms 106) (dipotong 8)

RAMUAN KUAH

  • 500 g tomato (direbus dengan air panas selama 3-4 minit dan dikisar menjadi purl)
  • 50 g mentega
  • 1 sudu besar pes halia-bawang putih
  • 1/4 cawan gajus (direndam dengan air panas selama 15 minit)
  • 1/4 sudu teh paprika
  • Anggaran 1/2 cawan susu
  • 100 g krim cair segar (1/2 cawan)
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam masala What ms 29)
  • 1 helai daun bay

CARANYA

  1. Rendam gajus dalam air panas selama 15 minit. Tapis dan kisar menjadi pes halus dengan sedikit air
  2. Cairkan mentega dalam kuali. Masukkan daun bay dan tunggu selama beberapa saat. Masukkan pes halia-bawang putih dan masak hingga sejat dan pes mula bertukar warna. Masukkan purl tomato dan masak hingga purl benar-benar kering dan pecah minyak.
  3. Masukkan pes kacang gajus dan kacau beberapa saat. Masukkan 2 sudu krim, kemudian masukkan pula serbuk paprika untuk mendapatkan warna merah menyala (pewarna makanan merah-oren juga boleh ditambah). Masak dengan api sederhana hingga minyak pecah.
  4. Masukkan air secukupnya (lebih kurang 1 cawan) untuk menjadikan karinya pekat. Kacau sebati dan besarkan semula api. Biarkan mendidih dan sentiasa mengacau. Biarkan mereneh selama 5-7 minit hingga kuah menjadi merah terang dan berlemak.
  5. Tutup api dan biarkan hingga suam. Masukkan baki krim dan kacau, kemudian masukkan sedikit susu untuk mendapatkan kuah yang konsisten. Masukkan garam masala, tanduri masala, garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan ayam tanduri. Biarkan mendidih seketika dengan api perlahan. Kemudian tutup api. Hiaskan dengan 1 sudu besar krim segar dan cili hijau. Hidang panas dengan roti nan atau roti parata.

TIP: Selain menggunakan ayam tanduri, anda juga boleh gunakan ayam yang dimasak dalam kadhai/kuali. Perap ayam dengan ramuan tanduri yang sama dan masak menggunakan mentega dalam kadhai/kuali.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 234.92 kalori, Protein 34.58 gram, Karbohidrat 3.88 gram, Lemak 8.46 gram

Updated: January 2, 2018 — 9:41 am
Makan dan Main © 2018