Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

KAMBING BEREMPAH dan AYAM MASALA

KAMBING BEREMPAH

Hidangan untuk 2 orang

Ini ialah juadah dua jenis daging kambing ketul dan cincang, dimasak dengan rempah istimewa.

RAMUAN

  • 250 g daging kambing ketul
  • 100 g daging kambing cincang
  • 3/4 cawan yogurt (dipukul hingga lembut licin)
  • 1 sudu teh garam
  • 5 sudu besar minyak sapi/ minyak
  • 2 biji pelaga hitam
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 helai daun bay
  • 1 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 1 sudu teh pes halia
  • 1 sudu teh pes bawang putih
  • 2 biji tomato besar (dicincang halus)
  • 1 sudu teh serbuk cili merah
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 3/4 sudu teh garam masala

UNTUK HIASAN

  • Daun ketumbar segar (dihiris halus)

CARANYA

  1. Pukul yogurt. Tambahkan garam dan perap ketulan daging kambing selama 1 1 1/2 jam.
  2. Panaskan minyak sapi/minyak dalam pressure cooker
  3. Masukkan kulit kayu manis, pelaga hitam dan daun bay Tumis beberapa saat.
  4. Masukkan bawang besar, goreng hingga sedikit perang.
  5. Masukkan pes halia dan bawang putih, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam masala dan tomato. Masak hingga tomato lembut dan sebati dengan ramuan lain.
  6. Masukkan ketulan daging kambing perap serta bahan perapnya sekali dan daging kambing kisar Masak hingga pecah minyak.
  7. Masukkan 1 1/4 cawan air dan gaul sekata. Tutup periuk dan biarkan hingga 2 kali bunyi wisel Perlahankan api dan biarkan selama 5 minit lagi Kemudian tutup api.
  8. Apabila tekanan sudah berkurangan, buka penutup periuk dan periksa kelembutan daging. Jika sudah lembut, kacau semula dengan api perlahan hingga minyak pecah. Taburkan daun ketumbar di atasnya dan hidang panas dengan roti.

TIP: Lebih enak jika hidangan ini dimasak dengan api perlahan selama 40 minit tanpa menggunakan pressure cooker

KANDUNGAN NUTRISI (setiap hidangan): Tenaga 297.50 kalori, Protein 27.53 gram, Karbohidrat 0.75 gram, Lemak 20.50 gram

 

AYAM MASALA

Hidangan untuk 6 orang
Perkataan xacuti disebut ‘shakuti’ la merupakan hidangan kegemaran berzaman oleh masyarakat di Goa dan merupakan menu wajib di setiap restoran di sana.

RAMUAN

  • 750 g ayam (dipotong 12)
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 biji bawang saiz medium (dicincang halus)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar jus pekat asam jawa
  • 1/4 sudu teh buah pala kisar

RAMUAN PES KERING MASALA PANGGANG

  • 4-6 ulas bawang putih
  • 1 cawan kelapa parut segar
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji bunga cengkih
  • 4 biji cili kering merah
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu besar kaskas
  • 1 sudu teh ajwain
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 10 biji lada sulah hitam
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 4 ulas bunga lawang
  • 1 1/2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh garam

CARANYA

  1. Panggang kering dalam kuali, kelapa, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih, ci i kering merah, serbuk kunyit, kaskas, ajwain, jintan putih, lada sulah hitam, jintan manis, bunga lawang dan biji ketumbar selama 1-2 minit. Keluarkan dan biar sejuk. Kisar menjadi pes masala dengan 3/4 air dan tambahkan garam.
  2. Panaskan minyak dalam kadhai/kuali, masukkan bawang. Kacau hingga perang keemasan.
  3. Masukkan pes masala dan masak selama 2 minit.
  4. Masukkan ketulan ayam dan masak selama 7-8 minit.
  5. Masukkan 2 cawan air dan biarkan is mendidih. Tambah garam jika perlu. Perlahankan api dan tutup periuk, biarkan masak selama 5 minit lagi
  6. Masukkan jus pekat asam jawa, buah pala kisar dan gaul sekata. Masak selama 1 minit lagi Hidang panas dengan nasi kukus.

TIP: Cendawan xacuti merupakan pilihan untuk para vegetarian. Gunakan 500 g cendawan butang untuk resipi ini.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 289 kalori, Protein 34.21 gram, Karbohidrat 3.75 gram, Lemak 14.6 gram

Updated: January 2, 2018 — 3:13 pm
Makan dan Main © 2018