Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

DALCA dan DAL CAMPURAN 5 JENIS KACANG

DALCA

Hidangan untuk 4 orang

Sambhar ialah dalca kacang dal yang pedas & masam dari selatan India. la menampilkan 3 ramuan utama kacang dal, asam jawa biji dan serbuk rempah istimewa iaitu masala sambhar Asam jawa boleh ditambah jika anda mahukan ia lebih masam.

RAMUAN

  • 1 cawan sayur campur (kacang panjang, kentang, bendi, terung, lada benggala, karot)
  • 1/2 cawan kacang dal kuning
  • 2 cili hijau (dikelar memanjang)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 sudu teh masala sambhar (lihat ms 29)
  • Secubit serbuk kunyit
  • Asam jawa biji sebesar saiz lemon atau 1 sudu besar pes pekat asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji tomato (dicincang halus)

GORENGAN REMPAH

  • 2 sudu besar minyak
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 2 cubit serbuk asafutida
  • 1/4 sudu teh biji ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 biji cili kering merah
  • Beberapa helai daun kari

CARANYA

  1. Basuh dan rebus kacang dal dengan 2 1/2 cawan air Perlahankan api, tutup periuk dan biarkan mereneh hingga sebati. Anda boleh juga gunakan pressure cooker dan masak selama 10 minit dengan api perlahan selepas wisel pertama berbunyi
  2. Rendam asam jawa dengan 1 cawan air panas untuk mendapatkan jusnya.
  3. Potong kacang panjang menjadi 1 inci, kentang, terung dan lada benggala menjadi kiub 1 inci, karot dipotong bulat tebal, dan bendi pula dibiarkan penuh.
  4. Panaskan minyak dan masukkan semua ramuan gorengan rempah bersama. Apabila biji sawi mula berdetup, masukkan hirisan bawang dan masak hingga keemasan. Masukkan ci i hijau dan juga sayuran yang sudah dipotong. Masak selama 3-4 minit.
  5. Masukkan jus asam jawa, garam, serbuk kunyit, dan masala sambhar Tutup dan reneh dengan api perlahan hingga sayuran menjadi lembut.
  6. Masukkan kacang dal yang direbus tadi dan juga tomato yang dicincang. Rebus dan kemudian biarkan mereneh selama 5 hingga 10 minit dengan api perlahan hingga semuanya sebati. Hidang panas dengan nasi.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 139.88 kalori, Protein 5.28 gram, Karbohidrat 18.46 gram, Lema 5.09 gram.

DAL CAMPURAN 5 JENIS KACANG

Hidangan untuk 4 orang

Kombinasi 5 jenis kacang digunakan untuk menyediakan juadah ini.

RAMUAN
LIMA JENIS KACANG (BASUH SEMUA DAL DAN RENDAM BERSAMA SELAMA 2 JAM)

  • 1/4 cawan kacang hijau
  • 1/4 cawan kacang dal merah
  • 1/4 cawan kacang dal hitam
  • 1/4 cawan kacang kuda
  • 1/4 cawan kacang dal kuning

RAMUAN LAIN

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu teh jintan hitam
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk ci i merah
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh atau secukup rasa, garam

GORENGAN REMPAH

  • 3 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 1 biji tomato (dicincang halus)
  • 1/2 cawan yogurt (dipukul hingga lembut)
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 biji buah pelaga hitam (ditumbuk)
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 cawan daun ketumbar segar (dicincang)

CARANYA

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan jintan hitam dan tumis dengan api sederhana hingga ia berdetup.
  2. Masukkan bawang besar, tumis hingga sedikit keperangan.
  3. Tapis kacang dal yang direndam tadi, dan masukkan pada gorengan bawang. Kacau selama 4-5 minit dengan api perlahan.
  4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili merah, serbuk kunyit dan garam.
  5. Tambahkan lebih kurang 5 cawan air dan biarkan mendidih. Kemudian, perlahankan api dan keluarkan sekam/kulit. Tutup periuk dan reneh selama 1/2 jam, sehingga kacang masak.
  6. Gorengan rempah: Cairkan mentega dalam kadhai atau periuk. Masukkan tomato, yogurt dan garam masala. Kacau dengan api sederhana hingga pecah minyak. Masukkan pelaga hitam yang ditumbuk. Kacau selama beberapa saat, kemudian masukkan serbuk cili merah.
  7. Masukkan kacang yang dimasak tadi dan kacau selama 3-4 minit. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan, hias dengan daun ketumbar dan hidang panas.

TIP: Secara tradisional di India, mentega atau minyak sapi digunakan untuk gorengan rempah hingga ke hari ini. Minyak biasa juga boleh digunakan atas sebab-sebab kesihatan.

 

Updated: January 6, 2018 — 8:09 am
Makan dan Main © 2018