Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

ROTI GORENG dan AISKRIM BINUN MANIS

ROTI GORENG

Hidangan untuk 4 orang

Puri ialah sejenis roti yang digoreng dengan minyak yang banyak dan akan mengembung sewaktu digoreng. Semolina menjadikan ia rangup di luar dan lembut di dalam. Selalunya ia dihidang dengan masala kacang kuda.

RAMUAN

  • 250 g (2 cawan) tepung gandum biasa
  • 100 g (3/4 cawan) semolina (suji)
  • 1/2 sudu teh bikarbonat soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan yogurt
  • Minyak untuk menggoreng

CARANYA

  1. Rendam semolina selama 15 minit dengan air ntuk melitupinya.
  2. Ayak garam, soda bikarbonat dan tepung. Ke udian masukkan gula, semolina dan yogurt kepada tepung yang diay k. Uli dengan air suam untuk mendapatkan doh yang lembut dan m dah digelek. Sapu doh dengan minyak. Biarkan ditutup pada suhu b. ik selama 3-4 jam.
  3. Buat 8-10 bebola. Gelek setiap satu menja
    hujung setiap bucu untuk mendapatk
    bentuk oblong/bujur Tarik
    ujung yang tajam.
  4. Panaskan minyak yang banyak. Goreng roti dengan minyak yang sederhana panas. Keluarkan dari minyak sebelum ia bertukar perang.
  5. Hidangkan bersama masala kacang kuda

TIP: Untuk mendapatkan roti yang bagus, goreng dengan minyak sederhana panas dan jangan sentuh untuk beberapa saat sehingga ia mula naik sedikit. Tekan di kelilingnya perlahan-lahan sehingga ia mengembung dan kernudian terbalikkan ia. Goreng hingga kuning keemasan.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 339 kalori, Protein 6.5 gram, Karbohidrat 40.0 gram, Lemak 17

 

AISKRIM BINUN MANIS

Aiskrim India yang lazat dihidang bersama bihun manis. Safron menambah rasa dan warna pada hidangan pencuci mulut yang terkenal ini. Pistasio dan badam pula menambahkan keenakannya.

RAMUAN

  • 1 liter (5 cawan) susu
  • 5 sudu besar susu tepung skim
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/3 cawan atau secukup rasa, gula
  • 6-7 urat safron
  • 3-4 pelaga hijau (ditumbuk)
  • 1 sudu besar pistasio
  • 1 sudu besar badam (dicincang)

RAMUAN FALOODA

  • 1 cawan bihun halus
  • 3-4 urat safron
  • 3 sudu besar gula
  • 2 biji pelaga hijau

CARANYA

  1. Cairkan tepung jagung dan susu tepung dengan 1/2 cawan susu untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Rebus baki susu dengan gula dan safron. Reneh dengan api perlahan lebih kurang 15 minit hingga sedikit pekat.
  3. Masukkan pes sedikit demi sedikit sambil terus mengacau. Gaul sekata. Masukkan pelaga yang ditumbuk dan rebus. Kemudian reneh selama 4-5 minit. Tutup api.
  4. Biarkan sejuk. Masukkan pistasio dan badam. Masukkan adunan dalam acuan aiskrim dan masukkap ke dalam peti sejuk selama 6-8 jam atau semalaman.
  5. Untuk menyediakan falooda; rebus 4 cawan air Masukkan bihun dan rebus. Reneh dengan api perlahan selama 2-3 minit hingga bihun lembut. Tapiskan. Siramkan dengan air sejuk untuk segarkan bihun. Tapis semula.
  6. Sirap gula: Rebus 3/4 cawan air, 3 sudu gula, safron, dan pelaga hijau bersame. Reneh selama 2 minit. Tutup api dan rendamkan bihun ke dalam sirap. Masukkan ke dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidang.
  7. Hidangan: Keluarkan aiskrim dari acuan dan belah dua secara memanjang. Letakkan falooda (tanpa sirap) di atasnya. Sedia dinikmati.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 95.61 kalori, Protein 4.22 gram, Karbohidrat 16.72 gram, Lemak 0.18 gram.

Updated: January 6, 2018 — 8:07 am
Makan dan Main © 2018