Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

PUDING HALWA KAROT DAN MANISAN KEJU

PUDING HALWA KAROT

Hidangan untuk 4 orang
Hampir semua rumah di India akan menyimpan puding ini dan dihidang panas sewaktu musim sejuk kerana karot segar mudah didapati ketika itu.

RAMUAN

  • 500 g karot (diparut panjang)
  • 1 cawan susu
  • 1/4 cawan gula
  • 2-3 sudu besar minyak sapi atau mentega
  • 5-6 biji badam (dicincang)
  • 10-12 kismis
  • 3 biji buah pelaga hijau (ditumbuk)
  • 1 sudu besar pistasio

CARANYA

  1. Rebus susu dengan pelaga yang ditumbuk di dalam kuali bersih atau periuk. Masukkan karot parut dan masak tanpa menutup periuk. Kacau sekali sekala hingga susu mengering.
  2. Masukkan badam dan kismis. Kacau 1 minit. Masukkan gula. Masak hingga adunan mengering semula.
  3. Masukkan minyak sapi dan kacau selama 10 minit dengan api perlahan hingga pecah minyak. Hidang panas sambi dihias dengan pistasio.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 240.46 kalori, Protein 1 94 gram, Karbohidrat 32.17 gram, Lemak 11.57 gram.

 

MANISAN KEJU

Hidangan untuk 10 orang
Untuk hidangan ini, susu perlu didadihkan dengan cara istimewa supaya ia tidak terpisah sepenuhnya; ia cuma membentuk butir kecil. Jika anda tambah terlalu banyak asid tartar susu akan menjadi dadih sepenuhnya dan air hijaunya akan terpisah. ini akan men jadikan keju keras dan liat. Adunan sepatutnya berwarna putih dan separuh kering semasa api ditutup. Jika adunan dikeringkan terlalu banyak, ia akan menjadi seperti kek susu pula.

RAMUAN

  • 1 liter (5 cawan) susu penuh krim
  • 3-4 cubit asid tartar, lebih kurang 1/8 sudu teh
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 80 g gula (1/3 cawan)
  • 4 biji serbuk buah pelaga hijau
  • 4 biji pistasio (dicincang)

CARANYA

  1. Rebus susu dalam kadhai/periuk. Masukkan asid tartar secubit demi secubit hingga susu mula mendadih. Susu tidak mendadih sepenuhnya dan warna hijau tidak kelihatan.
  2. Masukkan gula. Teruskan merebus dengan api besar, dan jangan berhenti mengacau. Rebus selama 18-20 minit hingga adunan pekat. Perlahankan api. Apabila adunan sudah separa pepejal dan berbuih, taburkan tepung jagung di atasnya. Kacau selama 2-3 minit.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah diminyakkan dahulu. Ratakan menjadi 1 1/2 inci tebal. Hias dengan pelaga hijau dap pistasio. Biarkan selama 2-3 jam. Potong bentuk segi empat. Simpan di dalam peti sejuk.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 278 kalori, Protein 15.2 gram, Karbohidrat 35.1 gram, Lemak 9.0 gram

 

LADU KACANG KUDA

Hidangan sebanyak 15-20
Tepung kacang kuda, minyak sapi dan gula — ramuan ringkas yang boleh diolah menjadi hidangan yang hebat.

RAMUAN

  • 100 gram tepung kacang kuda
  • 20 g semolina (suji)
  • 100 g gula kastor
  • 50 g minyak sapi
  • Secubit serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh serbuk pelaga

CARANYA

  1. Panaskan minyak sapi dalam kadhai/periuk.
  2. Masukkan tepung kacang kuda dan semolina, kacau rata. Teruskan mengacau supaya tidak berketul. Kacau hingga naik bau dan warna bertukar perang cair
  3. Tutup api. Masukkan serbuk kunyit dan gaul sekata. Sejukkan di atas pi nggan.
  4. Masukkan gula kastor dan gaul.
  5. Masukkan serbuk pelaga dan gaul. Bentukkan menjadi bulat-bulat kecil ketika masih panas.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 121 kalori, Protein 1.6 gram, Karbohidrat 14 gram, Lemak 6.5 gram

Updated: January 6, 2018 — 8:06 am
Makan dan Main © 2018