Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

NASI AYAM PUDINA dan ROTI NAN

NASI AYAM PUDINA

Hidangan untuk 6 orang

Nasi dimasak dengan ayam dan ditambah dengan daun pudina segar

RAMUAN

  • 2 cawan beras basmati (dibasuh dan direndam dengan air selama 30 minit)
  • 8 ketul ayam bersaiz
  • 1/2 cawan daun pudina (dicincang)
  • 4 sudu besar minyak atau minyak sapi
  • 1/2 sudu teh jintan hitam
  • 1 helai daun bay
  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (dicincang halus)
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • Beberapa urat safron (direndam dengan susu -jika suka)

DIDIHKAN (BERSAMA)

  • 5 cawan air
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga cengkih
  • 4 biji pelaga hitam
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 1 sudu teh garam

CARANYA

  1. Rebus kesemua ramuan. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga ayam lembut. Tutup api, tapis dan asingkan ayam dan air rebusan stok. Keluarkan rempah ratus serta halia dari stok. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak atau minyak sapi dalam periuk besar Masukkan jintan hitam dan daun bay Selepas 30 saat, masukkan hirisan bawang dan tum is hingga perang keemasan. Masukkan cili hijau.
  3. Masukkan ketulan ayam, 1/2 sudu teh garam, tomato cincang dan daun pudina. Tumis hingga ayam menjadi sedikit perang. Masukkan serbuk cili merah dan garam masala.
  4. Masukkan 4 cawan air stok rebusan tadi, kemudian masukkan beras yang sudah ditapis. Tambahkan 1 sudu garam dan gaul rata. Biarkan mendidih, tutup dan masak dengan api perlahan sehingga semua air disejat dan nasi masak.
  5. Renjiskan rendaman safron, dan kacau lembut menggunakan sudu.
  6. Hidang panas dengan raita segar

TIP: Semasa langkah ke-4, lebih baik anda rasa setelah menambah air Tambahkan Iebih garam jika anda rasa is belum cukup masin.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 288.9 kalori, Protein 26.86 gram, Karbohidrat 26.75 gram, Lema 8.25 gram.

 

ROTI NAN

Hidangan untuk 4 orang

Nan ialah sejenis roti oblong rata yang dipanggang. Secara tradisionalnya
is dibakar dalam oven tempayan yang dipanggil ‘tandur’ Tetapi untuk
resipi ini, saga memanggangnya dengan oven elektrik biasa dengan hasil
yang serupa.

RAMUAN
• 500 g tepung gandum biasa
• 1 sudu teh garam
• 1 sudu teh tepung penaik
• 1 biji telur
• 1/2 cawan yogurt
• 1/2 — 3/4 cawan susu  (anggaran)
• 1 sudu teh habbatus-sauda

CARANYA
1 Ayak bersama tepung, garam dan tepung penaik
2. Lubangkan di tengah-tengah adunan tepung yang diayak tadi. Masukkan
telur di tengahnya tadi gaul sebati. Masukkan pula yogurt dan gaul
sebati.
3. Tambahkan anggaran 1/2 cawan susu, dan uli hingga menjadi doh yang
lembut. Masukkan lebihan susu jika perlu.
4. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh pada suhu
bilik selama 6-8 jam atau semalaman.
5. Bulat-bulatkan doh dan gelek nipis. Sapu permukaan dengan air, tabur
sedikit habbatus-sauda, dan perlahan-lahan tegangkan sedikit doh.
6. Masak dalam tempayan tandur atau oven elektrik pada kepanasan 250
°C selsius/ 450 °F selama 3-4 minit hingga tompok hitam mulai timbul
di permukaan roti.

TIP:
Tempayan tandur elektrik lebih bagus untuk masak nan. Lapik dulang pembakar dengan kertas timah, dan letak nan di atasnya untuk dibakar la boleh mengelakkan nan daripada melekat pada dulang pembakar Ataupun boleh juga picitkan semburan masakan anti-melekat.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 254.23 kalori, Protein 6.94 gram, Karbohidrat 46.25 gram, Lemak 4.57 gram

Updated: July 18, 2018 — 11:21 pm
Makan dan Main © 2018