Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

PUDING SUSU dan SUSU BIJI TERATAI

Hidangan untuk 6 orang

Pudding susu dimasak dengan pes beras dan diperkaya rasa dengan safron dan pelaga.

RAMUAN

  • 4 cawan susu
  • 1/3 cawan beras basmati atau tepung beras
  • 1/3 cawan atau secukup rasa, gula
  • 4-6 biji badam dihiris bilah
  • 5-6 pistasio (dihiris)
  • 2 helai kecil silver leaf, jika mahu
  • 2-3 biji pelaga (dikisar halus)
  • Beberapa urat safron untuk hiasan, jika mahu
  • Beberpa kelopak bunga ros merah

CARANYA

  1. Rendam beras selama 1 jam dan kisar hingga halus dengan 4-5 sudu besar air untuk mendapatkan pes yang pekat (tepung beras boleh digunakan sebagai ganti). Cairkan pes beras atau tepung beras dengan sedikit susu (dengan konsistensi mudah untuk menuang).
  2. Campurkan pes beras ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sambil terus dikacau hingga teksturnya berkrim.
  3. Masukkan gula dan serbuk pelaga dan kacau. Reneh selama 4-5 minit hingga gula larut.
  4. Tutup api dan masukkan separuh daripada badam dan pistasio.
  5. Tuangkan adunan ke dalam 6 mangkuk kecil.Biarkan sejuk dengan suhu bi ik.
  6. Hias setiap mangkuk dengan silver leaf, badam dan pistasio. Susun kelopak bunga ros. Hidangkan sejuk.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 239 kalori, Protein 4.13 gram, Karbohidrat 22.5 gram, Lemak 5.46 GRAM

 

SUSU BIJI TERATAI

Hidangan untuk 8-10 orang

Susu dimasak dengan biji teratai panggang hingga berkrim. Pelaga pula menambah rasa.

RAMUAN

  • 2 liter susu penuh krim
  • 100 g biji teratai (dipanggang atas kuali)
  • 3/4 cawan atau secukup rasa, gula
  • 1/2 sudu teh serbuk pelaga hijau
  • 2-3 sudu besar air pandan
  • 1 sudu besar pistasio cincang
  • Silver leaf untuk hiasanCARANYA
  1. Panggang biji teratai atas kuali rata sambil dikacau hingga ia berubah warna. Biarkan sejuk. Tumbuk separuh biji teratai, manakala separuh lagi dibiarkan.
  2. Rebus susu. Apabila ia mula mendidih, masukkan biji teratai dan masak susu dengan api sederhana, sambi teruskan mengacau. Masak hingga biji teratai betul-betu masak dan konsistensi susu berkurang kepada 1/3
  3. Masukkan gula dan tabur serbuk pelaga. Masak selama 2 minit. Tutup api.
  4. Masukkan air pandan. Pindahkan ke pinggan menghidang. Hias dengan silver leaf dan pistasio cincang.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 338 kalori, Protein 5.9 gram, Karbohidrat 35 gram, Lemak 6.58 gram

 

HALWA LABU

Menghasilkan 12

Halwa ini menggunakan labu secara asasnya. Rasa labu diberi suntikan elegan dengan rempah ratus seperti kaskas, safron, badam dan kismis. Hidangan ini sesuai sekali dihias silver leaf, keju ricotta, pistasio dan kelopak bunga ros!

RAMUAN

  • 2 kg labu kuning
  • 8 sudu besar kaskas
  • 1/2 cawan atau secukup rasa, gula
  • 6-8 biji pelaga hijau
  • 1 sudu besar safron (direndam dengan 1 sudu besar air panas)
  • 1/2 cawan minyak sapi
  • 250-300 g keju ricotta (diparut)
  • 2 sudu besar badam (cincang)
  • 2 sudu besar kismis

HIASAN

  • Silver leaf
  • Beberapa pistasio — dibuang ku i dan dihiris
  • Beberapa kelopak bunga ros

CARANYA

  1. Kupas dan potong labu menjadi ketulan kecil.
  2. Basuh kaskas.
  3. Rebus labu dalam pressure cooker dengan 1/4 air sehingga 2 kali wisel, kemudian tutup api
  4. Masukkan labu dalam kadhai/periuk dan lenyek guna belakang senduk. Masukkan kaskas, pelaga yang sudah ditumbuk dan safron. Masak dengan api sederhana hingga air sejat dan labu kering.
  5. Masukkan gula dan kacau hingga kering. Masak dan kacau selama 5 minit lagi
  6. Masukkan minyak sapi dan masak selama 10 minit dengan api perlahan untuk mendapatkan warna perang keemasan.
  7. Masukkan keju ricotta, kismis dan badam. Kacau sekata.
  8. Hidang panas dengan dihias silver leaf, pistasio dan kelopak bunga ros.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 226 kl, Protein 6.08 gm, Karbohidrat 20.8 gm, Lemak 13.08 gm

Updated: July 18, 2018 — 11:20 pm
Makan dan Main © 2018