Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

BRIYANI

BRIYANI

Hidangan untuk 6 orang

Perkataan briyani menggambarkan penyediaan nasi harum yang dahulunya begitu terkenal sewaktu era Moghul.

RAMUAN NASI

  • 2 cawan (250 g) beras basmati (basuh dan dibiarkan dalam penapis selama 30 minit)
  • 4-5 buah pelaga hijau, 2 helai daun bay , 5-6 biji bunga cengkih
  • 3 sudu teh garam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 10 cawan air

RAMUAN SAYUR

  • 2 batang karot (dibuang kulit dan dipotong kiub), 20 batang kacang buncis (dipotong menjadi kepingan 1/4 inci)
  • 1/2 kubis bunga saiz kecil (dipotong kecil mengikut batangnya), 1/2 cawan kacang pis

RAMUAN ADUNAN YOGURT

  • 1 cawan yogurt (ditapis selama 15 minit dengan kain muslin)
  • 1 sudu besar pudina (dicincang halus)
  • 1 sudu besar daun ketumbar (dicincang)
  • 2-3 titis esen pandan,1/2 sudu teh garam

RAMUAN REMPAH RATUS (DIKISAR BERSAMA)

  • 1/2 sudu teh jintan hitam
  • 3-4 selaput biji pala
  • 1 biji pelaga hitam , 1 batang kulit kayu manis

UNTUK MENUTUP

Kertas timah dan doh

RAMUAN LAIN

  • 4-5 sudu besar minyak sapi atau minyak
  • 8-10 biji kacang badam (dibelah dua), 1 sudu besar kismis
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 sudu teh pes halia-bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk cili merah, 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Beberapa helai daun pudi
  • 4 biji pelaga hijau (i Isar menjadi serbuk), 1 sudu besar minyak sapi dicairkan

CARANYA

  1. Basuh beras beberapa kali, tapis dan biarkan is dalam penapis selama 30 minit (jangan rendam).
  2. Rebus 10 cawan air dengan semua ramuan nasi — pelaga, cengkih, daun bay, garam dan jus lemon.
  3. Apabila air mendidih, masukkan beras, kacau. Rebus selama 4-5 minit, nasi belum benar-benar masak.
  4. Tutup api. Jika beras masih keras sedikit, biarkan dengan air panas selama 2 minit. Tapis nasi Biarkan nasi dalam penapis selama 10 minit untuk keluarkan lebihan air Setelah itu tebarkan nasi di atas dulang besar atau kain. Keluarkan rempah daripada nasi dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak sapi atau minyak. Masukkan badam dan kismis. Kacau beberapa saat. Keluarkan dari minyak dan ketepikan untuk topping nanti
  6. Masukkan pula bawang dan tumis hingga keperangan. Keluarkan bawang separuh masak itu dan ketepikan untuk hiasan. Perlahankan api, masukkan ramuan rempah ratus yang dikisar bersama tadi, pes halia-bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili dan garam. Gaul sekata.
  7. Masukkan sayur dan kacau selama 2 minit. Goreng dengan api perlahan sehingga sayur masak atau rangup-lembut. Jangan terlebih masak. Tutup api. Masukkan ramuan adunan yogurt.
  8. Untuk menggabungkn briyani, ambit periuk tanah liat (handi) dan sapu minyak. Masukkan 1/3 nasi ke dalamnya.
  9. Kemudian masukkan pula lapisan sayuran di atas nasi tersebut. Kemudian lapiskan sekali lagi nasi di atas sayuran tersebut. Jangan digau
  10. Ulang semula teknik melapis sayur menggunakan semua sayuran.
  11. Masukkan baki nasi. Tabur serbuk pelaga hijau dan satu sudu besar minyak sapi yang sudah dicairkan di atas nasi. Letakkan beberapa helai daun pudina di atasnya.
  12. Tabur bawang perang separuh masak tadi, badam dan kismis. Tutup dengan kertas timah.
  13. Ambit bebola doh dan gelek menjadi jalur yang panjang.
  14. Tutup periuk dengan kertas timah, dan rapikan di kelilingnya. Ambi doh yang sudah digelek dan letakkan di atas kertas timah untuk menutup. Tekan doh di keli ing untuk lekatkan pada periuk tanah liat tersebut.
  15. Biarkan periuk di atas api perlahan selama 10-12 minit. Anda juga boleh letakkan kuali leper di bawah periuk tanah untuk kurangkan kepanasannya. Siap dihidang panas.KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 259.31 kalori, Protein 4.69 gram, Karbohidrat 30.41 gram, Lemak 13.18 gram.
Updated: July 18, 2018 — 11:20 pm
Makan dan Main © 2018