Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

Kari Diraja Kentang & Gajus, Kari Terung Sumbat

Kari Diraja Kentang & Gajus

RAMUAN

  • 300 g (4 biji) kentang
  • 4 sudu besar kacang gajus — direndam di dalam 1/4 cawan air
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu teh bawang putih dicincang
  • 1/2 sudu teh jintan hitam
  • 1 helai daun salam
  • 2 biji bawang besar — dicincang (1 cawan)
  • Secubit serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh garam masala
  • 2 sudu besar daun ketumbar segar dicncang
  • 1/4 cawan yogurt — dipukul supaya lembut
  • 1/4 cawan susu
  •  Minyak untuk menggoreng dan 4 sudu besar minyak

Hidangan untuk 8-10 orang
Kentang direneh dengan kuah lazat berwarna kuning pucat, manakala yogurt dan kacang gajus pula menghasilkan kari diraja (shahi) ini. Jintan hitam juga n-)enghadiahkan rasa emasnya kepada kentang menjadikan masakan ini enak.

CARANYA

  1. Basuh kentang, kupas kulitnya dan potong menjadi ketulan 1 inci/2.5 cm.
  2. Goreng kentang hingga perang gelap keemasan dan ketepikan.
  3. Kisar kacang gajus, halia, dan bawang putih menggunakan pengisar kopi atau rempah untuk dijadikan pes. Ketepikan pes gajus ini.
  4. Panaskan 4 sudu besar minyak di dalam periuk yang tebal di bahagian bawah. Masukkan jintan hitam dan daun salam. Tunggu 30 saat hingga jintan berhenti berdetus. Masukkan bawang besar dan masak dengan api perlahan hingga bawang lembut tetapi jangan sampai ia bertukar perang. Masukkan serbuk kunyit dan garam masala. Kacau hingga semua sebati.
  5. Masukkan pes gajus dan masak selama 1 minit. Tambahkan yogurt dan masak hingga air menyejat. Teruskan masak hingga kering.
  6. Masukkan susu dan lebih kurang1/2 cawan air untuk menjadikannya berkuah. Reneh selama 2-3 minit.
  7. Masukkan kentang dan daun ketumbar Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat dan menyaluti kentang. Hidang panas dengan roti biasa atau roti perata.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 119.10 kalori, Protein 1.93 gram, Karbohidrat 8.48 gram, Lemak 8.59 gram

Kari Terung Sumbat

lni merupakan kari terung yang sangat terkenal di Hyderabad. Bawang yang dipanggang dan dicampur dengan rempah yang lembut disumbat ke dalam terung kontot. Asam jawa dan jageri memberikan rasa masam dan manis kepada kari ini.

RAMUAN

  • 300 g terung (terung panjang yang kontot
  • 2 biji bawang besar — setiap satu dipotong menjadi 4-6 potong
  • 2 sudu teh halia dicincang kasar
  • 1 sudu besar bawang putih dicincang
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 1/2 sudu besar bijan
  • 3 sudu besar kacang dipanggang
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh kas-kas
  • 1 inci persegi kepingan isi kelapa kering
  • Secubit halba
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk cili merah
  • 1/2 sudu teh jageri (gur) atau gula melaka atau gula
  • Asam jawa — ambil sebesar saiz guli, rendam di dalam secawan air panas, ramas dan tapis untuk dibuang biji dan serdak
  • Beberapa helai daun kari
  • 6 sudu besar minyak
  • 1/2 sudu teh atau secukup rasa, garam

CARANYA

  1. Basuh terung dan kelar tetapi pastikan ia masih melekat dengan tangkainya. Ketepikan.
  2. Panggang bawang di dalam kuali selama 8-10 minit hingga lembut dan bertukar warna perang keemasan. Ketepikan.
  3. Dengan api perlahan, panggang kering biji ketumbar, bijan, kacang, jintan putih, kas-kas, kelapa kering dan halba selama 1 minit hingga ia bertukar warna sedikit dan mengeluarkan bau panggang.
  4. Kisar bawang, rempah yang dipanggang tadi, halia, bawang putih, garam, serbuk kunyit , serbuk cili merah dan jageri (gula melaka) sehingga menjadi pes yang lembut. Ambi hanya 4-5 sudu teh pes ini dan sumbatkan ke dalam terung. Ketepikan semua terung yang sudah disumbat. Masukkan asam jawa pada baki pes yang tinggal.
  5. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan daun kari Selepas beberapa saat, masukan terung yang disumbat tadi. Jangan kacau menggunakan sudip, sebaliknya goyang periuk supaya terung masak sama rata selama 10 minit.
  6. Masukkan baki pes yang sudah ditambah asam jawa tadi. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan selama 5-7 minit. Tambahkan 1/2 cawan air dan kacau sekali-sekala hingga terung lembut dan pecah minyak. Hidangkan panas.
    TIP: Sapukan secubit garam di bahagian dalam setiap terung yang dikelar Ketepi-kan selama 15 minit sehingga keluar air, kemudian bilas. Ini akan menghilang-kan rasa pahit terung.KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 204.5 kalori, Protein 2.9 gram, Karbohidrat 6 gram, Lemak 18.5 gram
Updated: December 26, 2017 — 4:45 pm
Makan dan Main © 2018