DUMPLING KENTANG
RAMUAN
SALUTAN DUMPLING
- 4 biji kentang — direbus & diparut (2 cawan)
- 4 keping roti — dicelup di dalam air & diperah semula
- 3/4 sudu teh atau secukup rasa, garam
- 1/2 sudu teh lada hitam
- Secubit serbuk penaik
- 2 sudu teh sos tomato
RAMUAN INTI
- 1 sudu besar minyak
- 1 biji karot — diparut kasar
- 1 biji lada benggala — dimayang (1/2 cawan)
- 3-4 sudu besar kubis — dimayang
- 1/4 keju cheddar diparut
- Garam dan lada sulah secukup rasa
RAMUAN KUAH
- 4 sudu besar minyak
- 2 biji buah pelaga hitam
- 2 biji bawang besar — dicincang (1 cawan)
- 3 biji tomato — dicincang (1 1/2 cawan)
- 2 sudu teh halia diparut halus
- 11/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk ci i merah
- 1/2 sudu teh garam masala
- 3/4 cawan susu • 1 sudu besar sos tomato
- Garam secukup rasa
Hidangan untuk 4 orang
Dumpling kentang dengan inti sayuran pelbagai warna. Potong dua dumpling dan anda boleh lihat sayuran di dalamnya. Dihidang dengan kuah kari berperisa pelaga yang kemerahan.
CARANYA
- Untuk salutan dumpling, gaul sebati semua ramuan untuk salutan dumpling yang diberikan. Bahagikan kepada 4 bebola besar Ketepikan.
- Untuk inti, panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan sayuran dan tumis selama 2 minit. Taburkan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan masukkan keju.
- Ratakan bebola tadi menjadi bulatan berdiameter 8 cm. Letakkan 1 sudu inti di tengah-tengah. Kaup menggunakan tangan dan kemudian tutup rapat dumpling.
- Bentukkan dumpling bujur seperti telur Goreng dumpling dengan minyak yang banyak, sebiji dalam satu-satu masa dengan berhati-hati sehingga perang keemasan.
- Untuk membuat kuah, kisar bawang, tomato dan separuh daripada halia. Panaskan minyak, masukkan pelaga dan tunggu lebih kurang 30-40 saat. Masukkan pes yang dikisar tadi dan masak dengan api sederhana sehingga kering. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk cili merah. Goreng dan kacau hingga pecah minyak.
- Perlahankan api dan tambah susu sedikit demi sedikit, 2-3 sudu besar untuk satu-satu masa. Kacau tanpa henti sehingga semua susu habis dimasukkan. Masak dengan api perlahan hingga bertukar warna menjadi merah semula dan pecah minyak.
- Masukkan air secukupnya untuk mendapatkan kari yang cair Biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam, garam masala, sos tomato, dan masak dengan api perlahan selama 8-10 minit sehingga ia sedikit pekat. Ketepikan.
- Untuk menghidang, potong dumpling menjadi dua. Tuang kuah ke dalam mangkuk yang ingin dihidangkan. Susun dumpling di atas kuah dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit untuk panaskan dumpling. Hidang terus dengan nasi atau roti.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 339.49 kalori, Protein 9.14 gram, Karbohidrat 27.05 gram, Lemak 21.54 gram