Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

Rempah Ratus India (I)

Safron
Juga dikenali sebagai kesar, zafran dan krokus. Rempah keemasan ini menghasilkan aura romantrk, kemewahan dan keunikan sejak berzaman. Di India nilai safron setara ernas dan sungguh berharga.
Di India, ia hanya turnbuh di Pampore yang teletak dilembah di antara Kashmir dan Kishtwardi Jammu.
Safron menyerlahkan rasa pelbagai masakan juga manisan. Air atau susu yang direndam dengan beberapa urat safron dan ditambahkan kepada masakan akan menaikkan bau yang lebih enak. Malah, masakan ringkas akan rnenjadi luar biasa dengan hanya menambahkan sedikit safron.

Cili Merah
Masakan India tanpa cili bagaikan musim panas tanpa matahari. Namun tidak bermakna masakan India semuanya pedas belaka, sebaliknya ia memberikan paduan hangat, bau dan keenakan rasa.
Cili sebenarnya menyejukkan sistem badan dalam cuaca panas. Kapsaisinnya akan mengembangkan pembuluh darah untuk menggalakkan kelancaran peredaran darah dan menggalak perpeluhan. Bagaimanapun jika anda rasa terlalu pedas, janga segera minium air kerana kapsaisin tidak larut di dalam air (sama seperti minyak). Cuba minum yogurt atau susu untuk hilangkan rasa pedas kerana produk tenusu mampu meneutralkan kapsaisin.
Rasa pedas berbeza untuk pelbagai jenis cili sama ada cili kurang pedas Kashmir hinggalah cili kering India Selatan yang sangat pedas. Sama seperti rempah ratus, cili juga akan hilang pedasnya selepas beberapa bulan.

Kunyit

Merupakan salah satu rempah tradisi dengan pelbagai kegunaan dalam masakan India, juga tunjang dalam menghasilkan pelbagai kari. la juga rencah utama yang digunakan seharian kerana keunikan warna dan rasanya.

Kunyit digunakan sejak berkurun lamanya sebagai bahan penyembuh dan penyucian. la sudah dihubung kait dengan penyucian hinggakan hari ini, pasangan pengantin India masih akan menyapu kunyit sebagai sebahagian ritual penyucian.
Kunyit pasti ada tersimpan di setiap rumah orang India kerana ia sesuai digunakan sebagai antiseptik segera, bahan kecantikan, dan tentunya sebagai ramuan rempah pelbagai guna membuatkannya istimewa sebagai sebahagian rempah ratus tradisi india.

Serbuk Ketumbar

Bijinya yang dijadikan rempah berbentuk bulat dan mempunyai jalur-jalur menegak.
la mempunyai bau manis dan berbau sedikit seperti pain dan lada.

Anda boleh buat sendiri serbuk ketumbar dengan cara menumbuk atau mengisarnya dengan mesin pengisar selepas dijemur kering. la lebih segar dan mempunyai bau lebih harum berbanding yang dibeli siap. la sesuai dalam semua masakan India dan boleh dikatakan antara rencah penting yang perlu ada.

Selain daripada rasanya, ia boleh memekatkan kari dan cutni. Serbuk ketumbar dikatakan bersifat diuretik dan boleh berfungsi untuk melegakan sakit perut.

Garam Masala

Setiap daerah di India mempunyai adunan garam masala tersendiri bergantung kepada bahan yang ada, iklim dan cara masakan. Di utara India, musim sejuknya sangat dingin menyebabkan garam masala (bermaksud rempah pedas) lebih disukai kerana ia menghangatkan badan berbanding cili yang menyejukkan sistem badan melalui perpeluhan. Sesetengah rempah yang mahal digunakan untuk menghasilkan garam masala dan terdapat begitu banyak resipi untuk menghasilkan garam masala ini. Bahan asas adunannya ialah bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, lada sulah, daun sala kulit biji pala, jintan putih dan biji ketumbar. Setelah dikisar, serbuknya akan sedikit kasar dan berwarna coklat seperti tembakau.

Masakan India menggunakan garam masala dalam kuantiti yang sedikit. la boleh ditambah pada setiap peringkat masakan untuk memberikan peringkat rasa yang berbeza. la boleh ditumis dengan minyak panas untuk memberikan rasa goreng pedas, ditambah dengan bahan utama yang lain lalu memberikan aroma hangat. Atau ia juga boleh ditabur pada kari atau yogurt untuk memberikan sedikit rasa berempah.

 

 

Updated: December 21, 2017 — 8:38 am
Makan dan Main © 2018