Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

DAL MASAK MENTEGA dan MASALA KACANG KUDA

DAL MASAK MENTEGA

Hidangan untuk 6-8 orang

la merupakan masakan paling digemari di utara India. Kacang dal hitam dimasak dengan mentega sama seperti namanya. Kacang merah ditambah jika mahu, untuk menghebatkan lagi rasanya. Hidangan ini dihias dengan krim dan sedikit daun ketumbar segar, men jadikannya sungguh lazat!

RAMUAN

  • 250 gkacang dal hitam
  • 2 sudu besar kacang merah (jika mahu)
  • 2 sudu besar kacang kuda (dibelah dua)
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk cili merah
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu besar daun ketumbar kering
  • 1 sudu besar pes halia
  • 1 sudu besar pes bawang putih
  • 1 cawan purl tomato
  • 1/4 cawan mentega
  • 125 ml krim
  • Sedikit daun ketumbar segar untuk hiasan

CARANYA

  1. Basuh kacang dal hitam, kacang merah, dan kacang kuda. Kemudian rendam dengan air selama 6-8 jam atau semalaman.
  2. Tapis kacang yang direndam dan basuh beberapa kali lagi
  3. Masukkan kacang yang ditapis ke dalam periuk besar, tambahkan 8 cawan air, 2 sudu besar mentega, pes halia dan bawang putih dan biarkan mendidih. Selepas itu perlahankan api paling minima, tutup periuk dan biarkan mereneh selama 2 jam atau sehingga masak (lebih bagus menggunakan slow cooker dan biarkan dimasak perlahan). Atau anda juga boleh menggunakan pressure cooker dengan mengisi 5 cawan air sahaja dan biarkan hingga wisel berbunyi 2 kali (gunakan pressure cooker dengan api perlahan selama 25-30 minit).
  4. Setelah kacang masak, lenyek pada dinding periuk menggunakan senduk.
  5. Masukkan baki mentega, purl tomato, serbuk cili merah, garam masala, daun ketumbar kering dan garam. Biarkan reneh dan kacau sekaii sekala selama 30 minit.
  6. Masukkan sedikit krim dan kacau. Tinggalkan sedikit krim untuk hiasan nanti. Rasa jika garam sudah mencukupi Masukkan ke dalam mangkuk hidangan dan hias dengan putaran baki krim tadi dan daun ketumbar segar Hidang dengan roti tanduri atau roti perata.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 217.22 kalori Protein 8.16 gram, Karbohidrat 20.22 :ram, Lemak 11.39 gram.

MASALA KACANG KUDA

Hidangan untuk 6 orang

Kacang kuda atau di India dikenali sebagai kabuli channe, dinikmati dengan roti goreng dipanggil ‘Bhaturas’ Terdapat pelbagai cara untuk memasak kacang kuda, tetapi resipi ini menggunakan ramuan pelaga hitam dan jintan.

RAMUAN

  • 200 g kacang kuda kering atau 2 1/2 cawan kacang kuda dalam tin
  • 1 uncang teh
  • 6 sudu besar minyak
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 2-3 biji pelaga hitam
  • 1 biiji bawang besar (dicincang)
  • 2 biji tomato (dicincang)
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu besar halia (dihiris halus)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk mangga kering
  • 3/4 sudu teh serbuk cili merah
  • garam secukup rasa
  • 1/4 sudu teh garam bukit

HIASAN

  • Cili hijau
  • Hirisan bawang (dipotong bulat)
  • Tomato dan lemon (dipotong memanjang)

CARANYA

  1. Rendam kacang kuda dengan air dan biarkan semalaman. Tapis dan bilas dengan air Rebus kacang kuda dengan 3-4 cawan air bersama 1 uncang teh. Biarkan reneh hingga masak. Anda juga boleh menggunakan pressure cooker hingga sekali wisel sahaja. Biarkan dengan api perlahan sehingga 15 minit kemudian tutup api. Apabila sudah suam, keluarkan uncang teh.
  2. Tapis rebusan kacang kuda, simpan airnya.
  3. Panaskan 3 sudu besar minyak. Masukkan kacang kuda yang ditapis tadi dan kacau selama 5 minit. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.
  4. Panaskan3 sudu minyak lagi dalam periuk. Masukkan pelaga hitam dan jintan putih. Apabila jintan putih sudah bertukar perang keemasan, masukkan bawang dan kacau hingga bawang bertukar sedikit perang. Hati-hati jangan sampai hangus.
  5. Masukkan tomato, garam masala dan hirisan halia. Masak hingga tomato sebati dan permukaan menjadi berminyak. Masukkan kacang kuda goreng dan kacau selama 2-3 minit. Sedikit demi sedikit tambahkan air rebusan kacang kuda tadi. Masukkan garam bukit dan garam. Apabila air hampir mengering, perlahankan api dan biarkan reneh selama 15-20 minit.
  6. Hidang dengan hiasan hirisan cili hijau, potongan bulat bawang serta lemon dan tomato.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 264 kalori, Protein 6.09 gram, Karbohidrat 22.07 gram, Lemak 16.79 gram.

Updated: January 1, 2018 — 3:32 pm
Makan dan Main © 2018