Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

KARI KAMBING

KARI KAMBING

Hidangan untuk 4 orang
Kari kambing cair dan pedas ini berasal dari Kashmir, dimasak dengan jintan manis dan halia kering.

RAMUAN

  • 500 g daging kambing
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1/4 sudu teh asafutida
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang besar (digiling menjadi pes)
  • Garam secukup rasa

RAMUAN UNTUK DIKISAR MENJADI SERBUK HALUS

  • 2 sudu teh jintan manis
  • 3 ulas pelaga hitam
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3-4 biji cili kering merah
  • 1 sudu besar serbuk halia kering

CARANYA

  1. Basuh dan lap kering daging kambing.
  2. Panaskan minyak dalam pressure cooker atau periuk yang tebal. Masukkan asafutida.
  3. Masukkan daging kambing yang sudah dikeringkan. Kacau hingga daging kering dan air tersejat. Teruskan kacau hingga kambing bertukar warna perang keemasan dan kelihatan seperti sudah digoreng.
  4. Masukkan pes bawang besar dan teruskan kacau selama 3-4 minit dengan api sederhana.
  5. Campurkan yogurt dengan ramuan yang dikisar menjadi serbuk halus. Kemudian masukkan pada kambing yang sedang dimasak. Tambahkan garam. Kacau selama 5-7 minit hingga yogurt sebati dan kering.
  6. Tambahkan 2 cawan air, tutup periuk dan biarkan hingga 2 kali wisel. Perlahankan api dan teruskan masak selama 5 minit lagi. Jika anda tidak menggunakan pressure cooker, tambah sedikit air dan tutup periuk dan biarkan hingga daging masak dengan api perlahan. Periksa kelembutan daging. Hidang panas dengan nasi

TIP: Jika anda sukar untuk menjadikan rempah dikisar sehingga halus, gunakan penapis halus untuk menapis rempah yang dikisar supaya anda hanya mendapat hasil yang halus.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 297.50 kalori, Protein 27.53 gram, Karbohidrat 0.75 gram, Lemak 20.50 gram

AYAM MASALA (HALBA)

Masakan masala dalam kuali ini menggunakan ketumbar dan halba dalam bentuk herba dan rempah.

RAMUAN

  • 1 ekor ayam saiz medium (dipotong 12)
  • 6-7 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 3 biji cili kering merah
  • 1/2 sudu teh biji halba
  • 3 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 15-20 ulas bawang putih (ditumbuk dan dicincang)
  • 1 inci halia (ditumbuk menjadi pes)
  • 3 biji tomato (dicincang halus)
  • 3/4 cawan purl tomato dalam tin atau 1 cawan jika purl dibuat sendiri
  • 1 sudu besar daun halba kering
  • 1 sudu teh serbuk cili merah
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh atau secukup rasa, garam
  • 1/4 sudu teh serbuk mangga kering
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1/2 cawan daun ketumbar dicincang
  • 1 biji lada benggala (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris memanjang)
  • 1-2 biji cili hijau (dipotong memanjang)
  • 1/2 cawan krim

CARANYA

  1. Panggang biji ketumbar dalam kuali hingga berubah warna. Tutup api. Ketepikan.
  2. Giling biji ketumbar Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian perlahankan api. Masukkan biji halba, biji ketumbar dan cili kering. Kacau beberapa saat hingga halba bertukar warna.
  4. Masukkan bawang dan masak dengan api sederhana hingga sedikit perang.
  5. Masukkan bawang putih dan kacau selama 1 minit. Tambahkan pes halia.
  6. Masukkan serbuk cili merah dan merah dan serbuk ketumbar Tambahkan 1 sudu besar air
  7. Masukkan ayam dan kacau selama 10 minit dengan api sederhana.
  8. Masukkan tomato cincang. Tambahkan garam, serbuk mangga kering dan garam masala. Kacau hingga kering. Tutup selama 5-7 minit sehingga lembut.
  9. Masukkan daun halba kering, purl tomato dan daun ketumbar dicincang. Biarkan selama 5 minit.
  10. Masukkan lada benggala, halia hiris dan cili hijau. Kacau rata.
  11. Perlahankan api, kemudian tambah krim. Kacau rata selama 2-3 minit dan tutup api Hidangkan ketika panas.

TIP: Apabila membeli ayam, pastikan warnanya masih merah jambu dan tidak berbau.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 289 kalori, Protein 34.21 gram, Karbohidrat 3.75 gram, Lemak 14.6 gram.

Updated: January 6, 2018 — 8:09 am
Makan dan Main © 2018