Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

FILET GORENG dan KARI IKAN

FILET GORENG

Hidangan untuk 4 orang
Merupakan salah satu cara popular untuk menghidangkan filet goreng. Sos tartar dinikmati dengan ikan yang disediakan dengan cara masakan India ini. Malah anda boleh juga nikmatinya dengan sos tomato.

RAMUAN

  • 500 g/1 lb filet ikan putih tanpa tulang
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Sedikit serbuk roti kering

RAMUAN PERAP

  • 1 sudu besar pes halia
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cili merah
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 biji telur (putih sahaja)
  • Sedikit daun ketumbar (dicincang)

SOS TARTAR (JIKA MAHU)

  • 1/2 cawan mayones
  • 1/4 cawan cuka perang/cuka malt
  • 1 sudu besar timun (dicincang paling halus)
  • 1 sudu besar bawang (dicincang paling halus)

CARANYA

  1. Lumur ikan dengan jus lemon dan basuh bersih. Lap hingga kering. Potong menjadi ketulan 2 inci.
  2. Campurkan semua ramuan perap dalam mangkuk. Sapukan bahan perap pada ikan. Ketepikan selama 30 minit.
  3. Gulingkan ikan pada serbuk roti. Goreng dengan api sederhana hingga keemasan. Keringkan dengan tisu penyerap. Hidang dengan sos tomato atau sos tartar seperti di bawah.
  4. Sos tartar. Rendam bawang besar dan timun dalam cuka selama 30 minit, kemudian tapis. Tekan dengan lembut untuk buang lebihan air Campurkan timun dan bawang dengan mayones. Hidang dengan ikan yang digoreng tadi.

TIP: Sedikit ajwain (carom seeds) jika ditambah pada bahan perap akan memberikan ikan goreng rasa yang berbeza.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 211 kalori, Protein 13 gram, Karbohidrat 15 gram, Lemak 11 gram

 

KARI IKAN

Hidangan untuk 4 orang
Kari cair penuh rasa, digabungkan dengan rempah ratus seperti halia, jintan putih, ketumbar, ciii dan kunyit. Nikmatinya dengan nasi.

RAMUAN

  • 400 g filet ikan tanpa tulang (dipotong menjadi ketulan 2 inci) 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3/4 sudu teh garam
  • 5 sudu besar minyak mustard/minyak biasa untuk menggoreng
  • 1/2 sudu teh habbatus-sauda
  • 6 biji cili merah kering
  • 4 helai daun bay
  • 1 labu bawang besar (dicincang)
  • 1/2 cawan purl tomato dalam tin
  • 4 biji cili hijau

PES REMPAH (CAMPUR BERSAMA)

  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh halia diparut halus
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Secubit serbuk ciii merah
  • 1 sudu teh garam
  • 6 sudu besar air

CARANYA

  1. Untuk hilangkan bau hanyir ikan, lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam, ketepikan selama 10-15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali anti-lekat dengan api sederhana. Jika anda menggunakan minyak mustard, biarkan is berasap seketika kemudian tutup api. Biarkan sejuk dan kemudian panaskan semula. Goreng ikan separuh masak. Anggaran 1 minit untuk sebelah bahagian ikan.
  3. Angkat ikan dan ketepikan.
  4. Campurkan kesemua ramuan untuk pes rempah dalam mangkuk. Ketepikan.
  5. Panaskan baki minyak dalam periuk. Masukkan habbatus-sauda, cili kering dan daun bay Kacau beberapa saat.
  6. Masukkan bawang dan masak hingga sedikit perang.
  7. Masukkan pes rempah dan kacau. Masukkan purl tomato. Kacau selama 2-3 minit hingga minyak pecah.
  8. Tambahkan 2 cawan air Biarkan mendidih sekali, kemudian reneh selama 3-4 minit.
  9. Masukkan ikan dan ci i hijau. Reneh dengan api sederhana selama 2 minit sehingga ikan masak. Sedia untuk dihidang.

TIP: Apabila membeli ikan, tekan dengan ibu jari. Jika berbekas, bermakna ikan sudah tidak segar

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 269 kalori, Protein 16.2 gram, Karbohidrat 3.45 gram, Lemak 21.05 gram.

Updated: January 4, 2018 — 11:52 am
Makan dan Main © 2018