Makan dan Main

Sila mengunjungi blog saya untuk recipe yang enak sertai makanan dan minuman asia yang istimewa. Recipe baru akan dipaparkan dari masa ke semasa, pastikan anda mengunjungi sering !

NASI BAYAM KAROT dan ROTI PERATA BERINTI

NASI BAYAM KAROT

Kombinasi bayam dan nasi yang menyihatkan! la bukan sahaja enak, malah kelihatan menyelerakan apabila ditabur di atas nasi. Karot dimayang pula mencantikkan lagi hidangan ini.

RAMUAN

  • 1 cawan beras basmati (rendam selama 30 minit)
  • 350 bayam (buang batangnya & potong daun menjadi jalur memanjang)
  • 2 biji karot dimayang/parut (1 cawan)
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 2 biji pelaga hitam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1/4 sudu teh serbuk cili merah atau paprika
  • 2 sudu teh jus lemon

CARANYA

  1. Rendam beras selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam periuk besar Masukkan jintan manis, pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
  3. Masukkan bawang dan tumis hingga naik bau. Masukkan bayam dan karot yang diparut. Goreng selama 1 minit.
  4. Tapis beras dan masukkan pada bayam. Masukkan garam dan serbuk cili merah. Kacau selama 1 minit. Tambahkan 2 cawan air dan jus lemon. Kacau hingga sekata.
  5. Setelah mendidih, perlahankan api dan tutup periuk. Masak selama 12-15 minit atau hingga nasi sudah masak. Cedok dengan garpu untuk keluarkan hampas. Hidang panas dengan yogurt (raita) yang menyegarkan.

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 273.96 kalori, Protein 4.03 gram, Karbohidrat 28.83 gram, Lemak 15.80 gram

 

ROTI PERATA BERINTI

Roti keping rata yang berintikan kubis bunga pedas. Di India, is dinikmati dengan yogurt biasa, jeruk, ataupun cutni sewaktu musim sejuk.

RAMUAN DOH

  • 2 cawan tepung gandum penuh
  • 1/2 sudu teh garam
  • Anggaran 3/4 cawan air untuk menguli

INTI

  • 2 cawan kubis bunga diparut
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1/2 sudu teh sebuk ci i
  • 1 inci/2.5 sm halia (diparut halus)
  • 2-3 sudu besar ketumbar segar dicincang
  • 1 biji cili hijau (dibuang biji dan dicincang halus)
  • Minyak atau mentega untuk menggoreng

CARANYA

  1. Campurkan garam dan tepung gandum penuh dalam periuk pendek atau mangkuk menguli. Masukkan air secukupnya agar tepung mudah diuli. Uli hingga lembut. Tutup dan ketepikan selama 30 minit.
  2. Inti: Gaulkan semua ramuan inti agar sebati. Ketepikan selama 15 minit. Perah kubis bunga untuk keluarkan lebihan air
  3. Ambil doh sebesar guli sebanyak dua biji. Gelek setiap satu menjadi bultan nipis. Letakkan inti pada salah satu doh yang digelek tadi, manakala satu lagi ditekap di atasnya. Kelim rata di kelilingnya supaya bercantum.
  4. Ambil perata dan letakkan di atas kuali leper yang panas. Boleh juga gunakan kuali biasa. Apabila bahagian bawah sudah masak, terbalikkan untuk masak bahagian atasnya pula. Sapu sedikit minyak atau mentega di atas parata juga di bahagian kelilingnya. Terbalikkan parata dan tekan menggunakan sudu, terutama sekali di bahagian kelilingnya hinggalah tompokan keemasan mula timbul di permukaan perata. Ulang teknik yang sama untuk baki doh yang lain. Hidang dengan yogurt biasa, jeruk, ataupun cutni.

TIP: Secubit ajwain (carom seeds) boleh ditambah pada doh untuk menambahkan lagi rasa.
KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian): Tenaga 271.00 kalori, Protein 9.00 gram, Karbohidrat 38.50, Lemak 9.00 gram.

 

Updated: January 4, 2018 — 3:17 pm
Makan dan Main © 2018